• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Warga Nepal Dibunuh Memadu Kasih Dengan Isteri Orang

oleh Ahmad Albab
14/10/2014
dalam Hangat, Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM – Seorang warga Nepal ditemui mati dipercayai akibat ditikam di rumah kekasihnya yang merupakan isteri orang di Taman Bersatu di sini awal pagi tadi.

Lelaki tersebut dipercayai telah diserang oleh anak lelaki wanita itu dan beberapa rakannya yang menyedari mangsa berada di rumah itu.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Abdullah Arshad berkata mayat mangsa yang dikenali sebagai Kamal Singh, 27, dijumpai tertiarap dalam sebuah bilik di rumah teres di kawasan perumahan itu oleh seorang keluarga wanita tersebut kira-kira 4 pagi tadi.

“Anggota keluarga berkenaan telah melaporkan kejadian itu kepada polis yang berkejar ke tempat kejadian dan menemui mangsa berlumuran darah akibat kesan tikaman dengan senjata tajam di dalam bilik berkenaan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Abdullah berkata siasatan awal mendapati mangsa yang merupakan rakan sekerja dengan wanita tersebut di sebuah kilang di sini dipercayai mempunyai hubungan intim dengan wanita berusia 42 tahun itu sejak akhir-akhir ini.

“Terdahulu mangsa bersama wanita berkenaan telah pulang ke rumah tempat tinggal wanita tersebut dan seorang lelaki berusia 18 tahun dipercayai anak wanita tersebut telah menyedari kehadiran mangsa lalu memanggil beberapa orang rakannya.

“Mereka dikatakan telah menyerang mangsa dengan senjata tajam menyebabkan mangsa maut dan berlumuran darah,” katanya.

Katanya anggota polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati mangsa telah meninggal dunia dan setelah pemeriksaan dibuat terdapat satu kesan tusukan senjata di dada kiri mangsa.

“Mayat mangsa telah hantar ke Hospital Kulim untuk tujuan bedah siasat,” katanya.

Abdullah berkata suspek dipercayai telah melarikan diri dan polis sedang mengesan mereka.

“Senjata yang digunakan masih belum dijumpai. Pihak polis kini menyiasat kes tersebut di bawah Kanun Keseksaan 302 kerana membunuh,” katanya. – BERNAMA

Tags: kes bunuhwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

Lelaki Dipercayai Bunuh Emak, Isteri Dan Dua Anak Sebelum Bunuh Diri

17/02/2026
0

KUANTAN: Seorang lelaki dipercayai membunuh ibu, isteri dan dua anak perempuan sebelum membunuh diri di sebuah rumah di Taman Cherating...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd