• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 19, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Walau Dapat Bonus Cuepacs ‘Tak Happy’ Dengan Bajet 2015

oleh AK-47
13/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Bajet 2015 secara keseluruhannya tidak menceriakan penjawat awam, demikian kata Presiden Cuepacs, Azih Muda.

Menjelaskan lanjut, beliau berkata, pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hanyalah ‘bunga-bunga’ sahaja tanpa memberikan satu gambaran jelas khususnya kepada penjawat awam.

“Cuepacs tidak berpuas hati kerana tiada pengumuman tentang semakan gaji atau kenaikan gaji penjawat awam yang mempunyai gaji statik.

“Penjawat awam tidak seperti ahli perniagaan yang mana pendapatan mereka berubah-ubah.

“Ketiadaan semakan gaji atau kenaikan menyebabkan penjawat awam tertekan dan tidak dapat mengekang kos sara hidup yang semakin meningkat,” katanya kepada mStar Online.

Bagaimanapun, katanya, dari segi bonus, Cuepacs berterima kasih dengan bonus gaji setengah bulan, tetapi ia bukanlah seperti yang diharapkan iaitu bonus dua bulan.

“Walaupun dari segi indeks pencapaian antarabangsa menunjukkan ekonomi negara berada dalam keadaan baik, tetapi inikah pengiktirafan yang diterima penjawat awam, sedangkan kadar Bantuan Rakyat 1Malaysia boleh dinaikkan,” katanya yang menganggap pencapaian ini tidak setanding dengan gaji.

Azih berkata, keputusan kerajaan menghapuskan wang proses pinjaman perumahan, peningkatan pinjaman perumahan dan penambahbaikan skim perkhidmatan awam tetap dihargai.

Menerusi pembentangan Bajet 2015, selain pengumuman berkaitan bonus, kerajaan memberi perhatian berkaitan pembiayaan memiliki rumah di kalangan penjawat awam dengan menaikkan had kelayakan minimum pinjaman kepada RM120,000 berbanding RM80,000 sebelum ini, manakala had kelayakan maksimum dinaikkan daripada RM450,000 kepada RM600,000.

Selain itu pembinaan Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia atau PPA1M akan ditingkatkan dengan meluluskan sebanyak 10,639 unit rumah juga menurunkan harga minimum rumah PPA1M kepada RM90,000 berbanding RM150,000 seunit sebelum ini serta menaikkan syarat kelayakan pendapatan isi rumah daripada RM8,000 kepada RM10,000.

- MSTAR ONLINE

Tags: Bajet 2015Cuepacs
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

PERODUA Sambut Baik Pengecualian Cukai

Next Post

GST: Wanita MCA Anjur Program Pendaftaran Bulan Depan

Related Posts

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

Salur Aduan, Saranan Ke Agensi Berkaitan, Jangan Di Media Sosial – CUEPACS

18/08/2024
0

KUALA LUMPUR : CUEPACS terbuka kepada aduan dan saranan orang ramai berhubung penyampaian perkhidmatan awam supaya penambahbaikan dapat dilaksanakan secara...

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

Cuepacs Sambut Baik Kenaikan Gaji Kepada Kumpulan Pelaksana

08/08/2024
0

Kuala Lumpur : Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyambut baik kenaikan gaji kepada kumpulan pelaksana yang dijangka...

Next Post

GST: Wanita MCA Anjur Program Pendaftaran Bulan Depan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd