• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO: Pemandu ‘BLM Dihentam Treler’ Meraung Telefon Bapa

oleh AK-47
08/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Jika tadi kami siarkan gambar selfie lima sekeluarga sebelum kereta Proton BLM dinaiki mereka diseret treler jubin hingga mengorbankan dua beranak, di bawah adalah video sejurus nahas ngeri terbabit.

 

Post by MyNewsHub.

 

Dalam rakaman ini dapat dilihat Muhammad Yusriman, 23, yang memandu Proton Saga BLM untuk keluarganya ketika nahas berlaku menelefon bapanya memaklumkan tentang kemalangan tersebut sambil meraung dan meminta supaya datang segera.

Turut dirakam usaha menyelamatkan Siti Yusliana, 12, yang tersepit di tempat duduk belakang serta Muhammad Yusrizal, 25, yang duduk di kerusi penumpang hadapan.

Kemalangan yang berlaku di Kilometer 256, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, selepas Terowong Menora sekitar jam 12.05 tengah hari semalam mengorbankan Norhayati Wook, 50, dan Siti Yuslianis Roslan, 20, yang mengalami kecederaan parah di kepala.

Yusriman dan Yusliana hanya mengalami kecederaan ringan namun Yusrizal parah dan kini dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh.

UNTUK BACA KISAH KEMALANGAN INI SILA KLIK >>> Gambar Selfie Lima Sekeluarga Sebelum Dirempuh Treler!

Lima sekeluarga ini dalam perjalanan dari Bukit Sentosa, Rawang ke Lenggong yang merupakan kampung halaman Norhayati dan suaminya, Roslan Ismail yang tidak turut serta ketika kejadian untuk menyambut Hari Raya Aidiladha.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-fatihah. Semoga keluarga mangsa bersabar menghadapi dugaan hebat ini. – MYNEWSHUB

REM RAMZI/MYNEWSHUB.MY

Tags: kemalangan mautvideo viral
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd