Sememangnya lamaran perkahwinan adalah momen terindah dan manis untuk dikenang, kerana waktu itu menunjukkan keikhlasan niat seorang lelaki memperisterikan seorang wanita.
Rata-rata wanita mengidamkan pasangan mereka sanggup melakukan sesuatu yang romantik dan unik pada hari mereka dilamar.
Acap kali juga, idea-idea lamaran terlalu klise bagai tiada lagi idea baru. Contohnya, ‘meletakkan cincin dalam makanan’.
Kerana mahukan yang luar biasa dan istimewa, seorang lelaki merancang sebuah lamaran yang anda sendiri tidak jangka dan bakal kagum melihat kemanisan cinta mereka.
Hah, lamaran ini juga berbeza daripada pasangan lain kerana selepas dilamar mereka terus diikat dengan hubungan suami isteri.
http://www.youtube.com/watch?v=7F9WZgTgB9E
Kisah cinta uda dan dara ini disaksikan sahabat handai dan ribuan orang awam malah wanita tersebut bagaikan terpinga-pinga dan tidak percaya akan lamaran yang diterima!
Anda tontonlah sendiri keindahan cinta mereka ini, mana tahu boleh membantu anda mencipta kejutan tersendiri pula pada hari bahagia nanti. – MYNEWSHUB.CC
Oleh: FARAH