• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

VIDEO : Belai Anjing? Anda Boleh Dijangkiti Cacing Pita

oleh AK-47
24/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

Ada sebab mengapa Islam meletakkan binatang anjing sebagai najis berat atau Najis Mughallazah dan ia tidak boleh disentuh secara suka-suka.

Penulis ingin memaparkan satu video yang menerangkan secara jelas dan saintifik apa yang hidup di dalam perut seekor anjing dan ia boleh mengakibatkan seorang manusia menderita hanya dengan membelai dan bermanja dengan anjing.

Dalam video tayangan National Geographic dipaparkan dengan jelas apa yang terjadi kepada paru-paru seekor kambing biri-biri yang dipenuhi bengkak dan ketumbuhan akibat cacing pita.

[BACA – ‘I Want To Touch A Dog’ Raih Sambutan Masyarakat Islam]

Mengikut pengacara dalam rancangan itu, bengkak itu disebabkan oleh wabak yang dibawa oleh najis anjing yang telah dijangkiti cacing pita.

“Cacing pita jenis hydatid hidup di dalam perut anjing kerana anjing mudah dijangkiti, dan ia mengeluarkan ratusan telur setiap hari.

“Bagaimanapun, telur itu tidak boleh terus membiak di dalam perut anjing berkenaan, ia perlu mencari perumah iaitu binatang jenis herbivor untuk terus hidup.

“Kambing biri-biri memakan telur cacing itu apabila memakan rumput yang telah terkena najis anjing yang dijangkiti seterusnya menjadi perumah tempat telur cacing itu menetas,” katanya.

Menurut rancangan itu, telur itu kemudian akan bergerak dihadamkan menerusi saluran usus sebelum menetas menghasilkan larva yang mempunyai kuku yang tajam.

“Larva itu akan bergerak ke seluruh sistam badan dan kemudian memilih satu daripada organ dalaman untuk tinggal.

“Dalam kes kambing biri-biri ini, ia tinggal di dalam paru-parunya dan telah menyebabkan banyak ketumbuhan,” katanya.

Di dalam ketumbuhan itu pula dipenuhi puluhan ribu anak cacing pita.

Lebih parah, cacing itu boleh juga mendiami badan manusia dalam cara yang sama ia mendiami badan seekor kambing biri-biri.

“Ia boleh menyebabkan ketumbuhan di paru-paru, hingga menyebabkan sakit dada dan muntah darah.. Ia boleh menyebabkan ketumbuhan di limpa sehingga menyebabkan sakit abdomen.

“Larva itu juga boleh menyebabkan ketumbuhan di dalam jantung dan di dalam otak manusia,” katanya.

Anda akan mudah dijangkiti jika menyentuh dan membelai anjing berkenaan.

“Dog menghidu punggung anjing lain sesuka hati mereka, menjilat sesama sendiri, dan jika anda membenarkan anjing menjilat anda atau terkena bulu yang ada jangkitan cacing, anda akan dijangkiti,” katanya.

Dari pengacara yang jelas bukan beragama Islam, dia menjelaskan bahawa jangkitan cacing pita daripada anjing berlaku di seluruh dunia.

“Di Australia sahaja, kira-kira 50 orang dijangkiti cacing pita dari anjing setiap tahun.

“Biarpun ada vaksin untuk kambing biri-biri, masih tiada vaksin untuk manusia,” katanya.

Kepada mereka yang gembira sakan akhirnya dapat menyentuh anjing pada program ‘I Want To Touch A Dog” tempoh hari pada 19 Oktober lepas, fikir lah dua kali sudahkan anda menyucikan badan anda dengan betul selepas menyentuh anjing? – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IBNU K 

Tags: haiwanisu anjingselangor
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

Kuil Tidak Sah Atas Tanah UKM Ditangani Secara Berhati-Hati, Elak Singgung Mana-Mana Pihak

30/03/2026
0

BANGI - Isu penempatan kuil tidak sah di atas sebahagian tanah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) perlu dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa...

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

Jangan Anjur Glamping Ga*y Di Hulu Langat!

13/01/2026
0

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bersama Sahibus Samahah Mufti Selangor menzahirkan pendirian tegas menentang sebarang bentuk penganjuran, sambutan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd