• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Van Gaal Percaya Manchester United Boleh Juarai EPL

oleh Ahmad Albab
21/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

WEST BROMWICH, United Kingdom - Pengurus Manchester United, Louis van Gaal menegaskan pasukannya masih boleh mengatasi pendahulu Liga Perdana Inggeris, Chelsea, biarpun wujud jurang 10 mata antara kedua-dua pasukan.

Namun, keputusan seri 2-2 dengan West Brom awal pagi tadi menuntut pasukan Van Gaal untuk meraih keputusan positif apabila berdepan pasukan Jose Mourinho Ahad ini.

Perlawanan itu menjanjikan ujian terbesar ke atas Van Gaal sejak ia tiba di Old Trafford kerana United masih belum bertemu pasukan empat teratas liga musim lalu.

Namun bekas jurulatih Belanda dan Barcelona itu menegaskan harapan untuk pasukannya menjuarai liga masih belum berakhir.

“Ia boleh dicapai tetapi sukar untuk dikatakan kerana ia akan menunjukkan saya sombong. Tetapi saya sudah melakukannya banyak kali,” katanya.

Van Gaal juga menegaskan kegagalan pasukannya untuk menewaskan West Brom tidak bermakna kemungkinan untuk mengatasi pendahulu liga yang belum pernah kalah musim ini, harus ditolak.

“Kini kami perlu bertemu Chelsea tetapi anda tidak boleh bandingkan West Bromwich Albion. Saya rasa Chelsea dan Man City di tahap berbeza. Kami perlu tunggu sama ada boleh menewaskan mereka,” katanya.

United terpaksa menunggu gol penyamaan Daley Blind pada minit ke-87 untuk mencuri satu mata, sekali gus satu peringatan bahawa masih banyak yang perlu dilakukan pasukan kendalian van Gaal itu. – AFP

Tags: EPLManchester United
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

Manchester United Kembali Ke Malaysia 28 Mei

08/04/2025
0

KUALA LUMPUR: Juara 13 kali Liga Perdana Inggeris, Manchester United akan kembali ke Malaysia selepas 16 tahun dalam siri jelajah...

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

Bukan Calang-Calang, Bintang Manchester United Doakan Faisal Halim

11/05/2024
0

Kuala Lumpur : Rasa simpati terhadap tonggak Harimau Malaya Faisal Halim bukan hanya dirasai komuniti bola sepak tempatan namun turut...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd