• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Teksi Penyu’ Di Jepun Janjikan Pemanduan Paling Perlahan

oleh Ahmad Albab
25/10/2014
dalam Gaya Hidup
0
Share on FacebookShare on Twitter

Sebagai pelanggan yang menggunakan perkhidmatan teksi, pastinya kita mahukan pemanduan yang cekap, selamat dan segera untuk tiba ke destinasi yang hendak dituju.

Namun lari daripada ‘klise’, sebuah syarikat teksi di Jepun kini mencuba satu konsep baru iaitu pemanduan perlahan mengikut kehendak pelanggan!

Bermula Disember tahun lalu, konsep ini diperkenalkan oleh Sanwa Kotsu Group dengan mewujudkan 10 hingga 500 teksi di Yokohama dikenali sebagai ‘teksi penyu’.

Bagi menggunakan perkhidmatan ini, pelanggan yang masuk ke dalam teksi harus menekan satu butang tertulis ‘Yukkuri’ (perlahan) yang seterusnya mengaktifkan satu bunyi.

turtle-taxi2

Selain itu, satu logo penyu juga akan tertera di bahagian hadapan, lantas memberitahu pemandu teksi bahawa dia perlu memandu seperlahan mungkin.

turtle-taxi3

Servis tersebut agak dikenali di Jepun buat warga emas, wanita mengandung, ibu yang membawa anak kecil dan para pelancong yang ingin menikmati keindahan bandar.

“Ia sesuai untuk seorang ibu yang sedang menidurkan bayinya,” ujar seorang pelanggan yang mempunyai anak kecil.

Perkhidmatan tersebut mendapat banyak reaksi positif dan berkembang sebanyak 15 peratus pada tahun lalu.

Justeru, syarikat tersebut bercadang untuk mengimplementasi perkhidmatan itu pada semua teksi miliknya di Tokyo, Kanagawa dan Siatama. – MYNEWSHUB.CC

Oleh : IZZAT MOHD ANUAR

Tags: perkhidmatan pelangganTeksiunik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd