• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 22, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunggu 23 Tahun Terbitkan Drama ‘Bercakap Dengan Jin’

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Impian penerbit filem Skop Production iaitu Datuk Yusof Haslam untuk mengadaptasi novel seram yang popular sekitar tahun 1980an iaitu Bercakap Dengan Jin tercapai apabila Astro berbesar hati untuk menayangkannya di saluran Mustika HD.

Yusof berkata, sebelum ini beliau pernah untuk menerbitkan naskhah tersebut untuk dijual di sebuah stesen televisyen namun gagal kerana ketika itu cerita-cerita seram tidak digalakkan untuk tayangan umum.

“Akhirnya impian saya untuk jayakan adaptasi novel seram popular pada tahun 1980an ini tercapai juga.

“Dulu memang ada usaha untuk terbitkannya tetapi ketika itu cerita-cerita seram sebegini tidak begitu digalakkan oleh kerajaan,” ujarnya kepada mStar Online.

Yusof berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama seram bersiri Bercakap Dengan Jin di Restoran Serai, KL Life Centre, di sini, Khamis.

Drama 13 episod ini bakal disiarkan pada setiap Selasa, pukul 10 malam di Mustika HD (saluran 134) dan Astro Bella (saluran 133) bermula 4 November ini.

Sementara itu, Yusof berkata, cabaran utamanya adalah berhadapan dengan tahap kesihatan pelakon veteran Datuk Rahim Razali yang terpaksa menjalani penggambaran 14 hari tanpa henti.

Tambah Yusof, disebabkan perkara tersebut juga pelakon berusia 75 tahun itu jatuh sakit akibat terlalu penat.

“Saya rasa bersalah dengan Datuk Rahim Razali yang jatuh sakit ketika penggambaran sehingga dia terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.

“Alhamdulillah dia sihat dan boleh menyambung penggambaran tersebut, kalau tidak pening juga saya untuk mencari penggantinya,” ujar Yusof.

Selain itu katanya, cabaran daripada segi penggunaan imej janaan komputer (CGI) untuk beberapa babak dalam drama tersebut memerlukan kos agak tinggi.

Drama arahan Londo Zawawi dan C. Kumaresan ini menceritakan kisah benar yang dilalui oleh penulis iaitu Tamar Jalis tentang pengalaman datuknya iaitu seorang pengamal perubatan tradisional di sekitar negeri Perak.

Selain Rahim, pelakon laij yang turut membintangi drama ini ialah Pekin Ibrahim, A.Galak dan Oktavia Manrose. – mStar Online

Tags: Penerbit FilemYusof Haslam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mahkamah Dengar Hujah P’dakwaan Kes Liwat Anwar Hari Ini

Next Post

Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti

Related Posts

KKMM Lulus Dana RM1.32 Juta Bantu Penerbit Filem

16/04/2020
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) mengumumkan pemberian dana sebanyak RM1.32 juta sebagai Insentif Tayangan Filem Cereka...

Penerbit Malaysia Terkejut Tercalon Oscar

17/01/2020
0

PENCALONAN bagi anugerah berprestij, Anugerah Oscar yang diumumkan Isnin lalu ternyata memberi kejutan buat dua penerbit dari Malaysia apabila St Louis...

Next Post

Hafiz Suip Bakal Gamatkan Konsert Krisdayanti

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd