Sunday, May 12, 2024

Creating liberating content

Cacat Pengihatan Bukan Penghalang...

TANJUNG MALIM – Cacat penglihatan yang dialami sejak kecil bukan penghalang kepada Tan...

Kerajaan Tidak Bercadang Tetapkan...

KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menetapkan harga siling minyak petrol.Menteri Perdagangan Dalam...

Hadi Tidak Pasti Siapa...

KOTA KINABALU - Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata beliau tidak...

Rusuhan Kuil: Tunang Bomba...

SEDIH... Tunang anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya yang parah diserang...

Tiada Aktiviti ‘Shark-Finning’ Di Malaysia

KUALA LUMPUR – Aktiviti ‘shark- finning’ atau perbuatan mengambil sirip ikan yu manakala bahagian badan lain ikan tersebut dibuang tidak pernah dijalankan di negara ini.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ikan yu bukan sasaran utama aktiviti menangkap ikan di Malaysia sebaliknya ia ditangkap bersama dengan spesis ikan lain sebagai tangkapan sampingan.

“Pendaratan ikan yu di Malaysia adalah sangat rendah. Pada 2013, sejumlah 7,833 tan metrik ikan yu telah didaratkan di mana ia hanya menyumbangkan sebanyak 0.5 peratus daripada jumlah keseluruhan pendaratan ikan marin negara.

“Seluruh bahagian ikan yu yang ditangkap pula digunakan sepenuhnya sama ada sebagai makanan atau diproses untuk kegunaan lain,” katanya ketika melancarkan kempen Tak Nak Sirip Ikan Yu di sini Jumaat..

Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Mohd Arif Ab Rahman dan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Datuk Ismail Abu Hassan.

Ismail Sabri berkata sehingga kini 27 negara dan Kesatuan Eropah mengharamkan kegiatan mengambil sirip ikan yu serta tidak membenarkan aktiviti perdagangan bagi produk tersebut.

Katanya selain meningkatkan kesedaran berhubung pengurusan dan pemuliharaan ikan yu, larangan tersebut dilihat telah berjaya mengurangkan kira-kira 30 peratus permintaan terhadap sup sirip ikan yu yang sekali gus memberi impak besar kepada masyarakat seluruh dunia.


Beliau bagaimanapun menjelaskan aktiviti perdagangan produk sirip ikan yu masih dijalankan di negara ini di mana pada 2012, sebanyak 1,894 tan metrik produk ikan tersebut telah diimport membabitkan nilai RM19.5 juta.

Justeru katanya, kempen seumpama itu adalah tepat pada waktunya bagi mengurangkan jumlah permintaan terhadap produk sirip ikan yu, selain menjadi langkah proaktif kerajaan terhadap aktiviti konservasi ikan tersebut.

Menurutnya, kempen itu dijalankan selaras dengan keputusan mesyuarat Kabinet pada 21 Mei lepas yang bersetuju untuk mengharamkan sajian sup sirip ikan yu dalam semua acara rasmi kerajaan.

Pada masa sama beliau menyeru semua pihak termasuk badan swasta, pengusaha restoran dan hotel supaya menyokong kempen itu dengan tidak menyediakan sajian sirip ikan yu dalam menu masing-masing.

Pada majlis itu, Ismail Sabri turut melancarkan buku Pelan Tindakan Pemuliharaan dan Pengurusan Ikan Yu Kebangsaan yang menyediakan garis panduan dalam memastikan spesis tersebut tidak diancam kepupusan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori