Mynewshub baru sahaja menerima berita menyedihkan tentang kejadian tragis yang meragut nyawa dua anggota polis kita.
Koperal Dzulkhairi Bin Ahmad, 48, dan Konstabel Mohd Sharil Hisham Bin Hashamdi,25, terbunuh selepas dihempap sebatang pokok tumbang di Brickfields, sebentar tadi.
Dipercayai, pokok besar tersebut tumbang disebabkan hujan lebat yang melanda kebanyakan kawasan di Lembah Klang sejak petang.
Kejadian dilaporkan berlaku di kontena simpan barang IPK Kuala Lumpur, berhampiran Jalan Kampung Attap.
Berdasarkan gambar dapat dilihat pasukan bomba dan penyelamat sedang berusaha keras mengalih pokok yang tumbang dalam insiden ini.
Takziah diucapkan kepada ahli keluarga mangsa. Al-Fatihah. – mynewshub.cc
REM RAMZI/MYNEWSHUB



