• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Taska Permata Bonda Tiada Kaitan Dengan Program Permata Negara

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Taska Permata Bonda di Presint 11, Putrajaya tiada kaitan dengan Program Permata Negara.

Bahagian Permata Jabatan Perdana Menteri (JPM) dalam satu kenyataan memberitahu, taksa itu  juga tidak berkaitan dengan Taksa Tempat Kerja dan Taksa Komuniti yang menggunakan kurikulum Permata Negara.

“Pusat asuhan dan didikan awal kanak-kanak di bawah Bahagian Permata JPM dikenali secara rasmi sebagai Pusat Anak Permata Negara (PAPN) yang hanya mengambil kanak-kanak berusia dari 1 hingga 4 tahun.

“Terdapat 83 buah Pusat Anak Permata Negara yang beroperasi di seluruh Malaysia dan terdapat dua Pusat Anak Permata Negara di Putrajaya iaitu di Presint 16,” kata kenyataan itu hari ini.

Selasa lepas, seorang bayi perempuan berusia empat bulan, Nur Imna Khalisa Muhd Zamri meninggal dunia di taska tersebut. Bayi itu ditemui dalam keadaan kaku dan kebiruan oleh ibu bapanya ketika hendak membawa pulang bayi mereka pada 5.45 petang pada hari tersebut.

Menurut kenyataan itu, kes yang melibatkan kanak-kanak itu mungkin merupakan kegagalan pengusaha Taska Permata Bonda itu mematuhi Peraturan-Peraturan Taman Asuhan Kanak-Kanak 2012.

“Bahagian Permata JPM  melahirkan rasa simpati kepada keluarga Nur Imna Khalisa di atas kejadian tersebut,” kata kenyataan itu.

Tags: taska
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

Kepala Budak 2 Tahun Tersepit Celah Besi Penghadang Di Taska

03/07/2025
0

NIBONG TEBAL: Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun menahan kesakitan kira-kira 10 minit selepas kepalanya tersepit pada celahan besi penghadang di...

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

Bayi Lelaki Lima Bulan Meninggal Dunia Di Taska

10/04/2025
1

JOHOR BAHRU : Seorang bayi lelaki berusia lima bulan dilaporkan meninggal dunia ketika di sebuah taman asuhan kanak-kanak (Taska) di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd