Monday, July 22, 2024

Creating liberating content

CIA Belum Buat Rumusan...

WASHINGTON - Agensi Perisikan Pusat (CIA) belum membuat sebarang rumusan berhubung kes pembunuhan...

Wanita PAS Sokong Adakan...

KUALA LUMPUR - Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengalu-alukan penganjuran Kongres Rakyat berbanding...

Muhammad Daniel Raih 10A+...

MELAKA - Belajar di sekolah aliran Cina di sini tidak menghalang Muhammad Daniel...

Isu Perkenan Agong, Hangatkan...

KUALA LUMPUR - Hari kedua Mesyuarat Khas Dewan Rakyat hari ini berlangsung dengan...

Taib Mahmud Dimashyur Sebagai Canselor Ketiga UNIMAS

KUCHING – Yang Dipertua (YDP) Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud hari ini dimahsyurkan sebagai Canselor ketiga Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Pelantikan Taib, 78, mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin mewakili Tuanku Abdul Halim menyerahkan watikah pelantikan pada upacara pemahsyuran yang berlangsung di Astana Negeri, Petra Jaya di sini.

Taib menggantikan Canselor terdahulu yang juga bekas YDP Sarawak keenam Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng.

Turut hadir pada upacara pemahsyuran itu ialah isteri Taib, Toh Puan Ragad Kurdi Taib, isteri Timbalan Perdana Menteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem dan isteri Puan Sri Jamilah Anu, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu Numpang, Pengerusi Lembaga Pengarah UNIMAS Datuk Dr Hatta Solhi serta Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi.

Taib dalam ucapannya berkata beliau akan memastikan UNIMAS terus menyerlah sebagai sebuah institusi pengajian tinggi awam yang tersohor bukan sahaja di dalam negara malah di luar negara.

“Perjalanan dalam memacu UNIMAS ke arah kejayaan akan tetap diteruskan walaupun Canselor dan Pro-Canselornya bertukar. Segala yang telah dirancangkan sebelum ini dalam Pelan Strategik 2011-2015 akan diteruskan.

“Kita perlu menunjukkan yang kita mampu meraih pencapaian cemerlang selagi kita bekerja sebagai sebuah pasukan yang komited dan kolektif,” katanya.

Menurut Taib beliau memahami hasrat UNIMAS untuk mempunyai hospital pengajar tersendiri sebagaimana institusi pengajian tinggi awam lain.


“Saya sangat menyedari kepentingan keperluan ini dan akan berusaha untuk membantu UNIMAS. Saya yakin hasrat murni UNIMAS ini akan mendapat sokongan dan kerjasama daripada kerajaan Sarawak khususnya dan kerajaan Malaysia amnya.

“Kewajaran memiliki hospital pengajar di UNIMAS ini amat saya sokong,” katanya.

Berikutan pelantikan sebagai Canselor ketiga UNIMAS, Taib akan menyempurnakan pengisytiharan konvokesyen ke-18 UNIMAS pada sidang pertama di Dewan Tuanku Abdul Rahman Putra (DeTAR PUTRA), UNIMAS Kota Samarahan, 1 Nov ini.

Beliau juga akan menyampaikan Ijazah Kehormat Doktor Pembangunan Manusia Tun Abang Muhammad Salahuddin dan Ijazah Kehormat Doktor Seni Gunaan dan Kreatif kepada arkitek tersohor negara, Hijjas Kasturi.

Sidang pertama turut menyaksikan penyampaian anugerah akademik seperti Anugerah Pendidikan Diraja, Anugerah Canselor dan Anugerah Pro-Canselor.

Majlis konvokesyen yang berlangsung tiga hari bermula 1 Nov itu akan diadakan dalam lima sidang, menyaksikan 3,240 graduan menerima ijazah masing-masing merangkumi pelbagai peringkat pengajian iaitu Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda.

Daripada jumlah tersebut, 3,016 graduan terdiri daripada prasiswazah manakala selebihnya 224 adalah graduan pascasiswazah. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori