Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

10 ADUN Kedah Angkat...

ALOR SETAR - Seramai 10 Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan (PH)...

Rasuah Di Melaka: Pemandu...

PUTRAJAYA - Seorang pemandu van yang direman enam hari bagi membantu siasatan kes...

Emery Optimis Kaki Neymar...

NEYMAR telah memuat naik gambar pergelangan kakinya yang cedera teruk dan pada masa...

Pasport Lama Bekas Pemain...

LONDON – Walaupun tidak banyak bermain kerana sering dibelenggu masalah kecederaan, ramai terkejut...

MH 17: 5 Lagi Jenazah Diberi Istiadat Penghormatan

KLIA SEPANG – Lima lagi jenazah mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 termasuk sepasang suami isteri diberi penghormatan penuh adat ketenteraan di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini Jumaat.

Dengan ketibaan lima jenazah hari ini, sebanyak 42 jenazah telah dibawa pulang ke tanah air dari Belanda. Dua lagi rakyat Malaysia belum dapat dikesan atau dikenal pasti mayat mereka.

Suasana pilu dan hiba menyelubungi kawasan istiadat apabila pesawat MAS penerbangan MH19 yang membawa tiga keranda dan dua kendi abu mayat memasuki perkarangan kompleks.

Istiadat penghormatan bermula pada 8.38 pagi apabila pesawat tersebut berhenti sepenuhnya.

Keranda pertama yang membawa jenazah Matthew Ezekial Sivagnanam dibawa keluar dari pesawat tersebut diikuti kendi abu mayat pasangan suami isteri Liew Yau Chee dan Lee Kiah Yeen dan diikuti keranda Muhammad Arfuz Tambi dan Meling Mula.

Kendi abu mayat Lee dan Liew diletakkan bersama-bersama dalam sebuah kenderaan jenazah atas permintaan waris.

Keranda dan kendi abu mayat yang diliputi dengan Jalur Gemilang diturunkan dari pesawat dan diusung kumpulan pengusung Angkatan Tentera Malaysia ke kenderaan jenazah dengan penuh adat ketenteraan.

Sebaik selesai proses kesemua keranda dan kendi abu mayat dimasukkan ke dalam kenderaan jenazah, upacara bertafakur selama seminit berlangsung pada 8.58 pagi sebagai tanda penghormatan.


Kenderaan jenazah kemudian melakukan lintas lalu di hadapan khemah tetamu kehormat dan waris.

Hadir pada istiadat tersebut ialah Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dan waris keluarga mangsa tragedi.

Selesai istiadat penghormatan, jenazah Afruz Tambi, anak bongsu Allahyarham Tambi Jiee dan Allahyarhamah Ariza Ghazalee yang turut terkorban dalam tragedi itu diterbangkan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia C130 ke Kuching, Sarawak pada 9.43 pagi.

Keranda yang membawa jenazah Meling pula diterbangkan menggunakan pesawat C130 ke Bintulu pada 9.45 pagi.

Sebanyak 44 warga Malaysia, termasuk seorang yang mempunyai dua kerakyatan, berada dalam pesawat Boeing 777-200 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila ditembak jatuh di timur Ukraine pada 17 Julai.

Penerbangan MH17 itu membawa 298 penumpang termasuk 15 anak kapal. – BERNAMA

 

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori