• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Awas.. Syabas Sedang Buat Operasi ‘Potong Air’ Jika Bil Tertunggak

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (SYABAS) menasihatkan pengguna supaya segera menjelaskan bayaran bil tertunggak bagi mengelak bekalan air mereka dipotong.

Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam SYABAS Priscilla Alfred berkata operasi bil tertunggak kini dijalankan di Kuala Lumpur, Hulu Langat, Petaling, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang sehingga 30 Nov ini.

Beliau berkata jika pemotongan dibuat, pengguna akan dikenakan caj pemotongan RM35 dan caj penyambungan semula RM35 sebelum penyambungan semula dilakukan.

“Caj yang dikenakan itu bukan denda atau penalti, sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Caj itu diwartakan oleh kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 dan masih diguna pakai sehingga kini.

Pengguna yang ingin mendapat maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan SYABAS (PUSPEL) di talian bebas tol 1-800-88-5252 atau melalui SMS dengan menaip PUSPEL dan hantar ke 39222.

Selain itu, pengguna juga boleh mendaftar masuk di Twitter dan Facebook SYABAS. – BERNAMA

Tags: bekalan air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

Mudah Rakyat Johor Berhubung Dengan Pemangku Sultan

01/08/2025
0

Terputus bekalan air ni satu isu...yang InsyaAllah pastinya akan diatasi Baginda Tuanku dengan pentadbiran negeri tidak lama lagi. Dapat dilihat...

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

Perak Setuju Bekal Air Kepada Pulau Pinang – PM

05/05/2024
0

GEORGETOWN: Kerajaan Perak bersetuju membekalkan air kepada Pulau Pinang melalui Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian ke Seberang Perai. IKUTI CHANNEL...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd