• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, October 8, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Setia Haruman, i2M Ventures Bekerjasama Dlm Perkongsian Institusi

oleh AK-47
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Syarikat Setia Haruman Sdn Bhd dan i2M Ventures Sdn Bhd (i2M) telah menjalinkan kerjasama dalam menubuhkan Perkongsian Institusi di bawah inisiatif bersama Persatuan Industri Multimedia dan Komputer Malaysia (PIKOM) menerusi Outsourcing Malaysia (OM).

Menurut Pengerusi OM, David Wong, OM sebagai wakil Malaysia dalam industri penyumberan dinamik, bertujuan memanfaatkan akses dan jangkauan rakan kongsinya bagi menawarkan nilai ketara dan pulangan yang setimpal buat pihak yang terlibat dalam usahasama ini.

outsourcing

(Dari kiri:  Pengarah Setia Haruman Sdn Bhd, Datuk P. Kasi, Pengerusi Outsourcing Malaysia, David Wong, Pengarah Urusan i2M Ventures)

“Secara kasarnya, budaya kerja yang tidak mengenal sempadan kini memberi ruang dan peluang kepada OM untuk terus memberikan perkhidmatannya serta mengembangkan lagi ekosistem yang telah diwujudkan menerusi jalinan kerjasama ini.

“Industri sourcing di Malaysia secara kasarnya telah menyumbang sebanyak USD1.9 bilion (RM6.2 bilion) dan dijangka akan meningkat sehingga USD3.4 bilion (RM 11.1bilion) menjelang 2017.

“Setakat ini sektor terbabit mempunyai 65,000 pekerja dan menjelang 2017, kita jangkakan jumlah pekerja akan meningkat ke 88,000 orang,” katanya pada Persidangan Smart Sourcing 2014. 

Menerusi kerjasama ini juga Setia Haruman yang merupakan pemaju utama di Cyberjaya telah diberi tanggungjawab untuk memastikan kawasan itu dirancang dan dibangunkan dengan sebaiknya menerusi pembinaan infrastuktur dan kemudahan bertaraf dunia.

Sementara itu, i2M yang merupakan anak syarikat Khazanah Nasional Berhad, akan menjalankan fokus mereka terhadap promosi pelaburan strategik di kawasan pembangunan Nusajaya, Iskandar Malaysia.

outsourcing1

Pada persidangan itu juga telah diadakan sesi penyampaian Anugerah Kecemerlangan Outsourcing Malaysia keempat di mana melibatkan enam kategori berbeza.

Senarai pemenang adalah seperti berikut:

AWARDS

 

– MYNEWSHUB

Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

Lokasi Kejadian Berjerebu, Berkabus Dengan Jarak Penglihatan Terhad – Naqib Ghazali

08/10/2026
0

JOHOR BAHRU - Keadaan persekitaran pada pagi kejadian kemalangan yang meragut nyawa tiga beradik di Pontian, Johor, Khamis, dilaporkan berjerebu...

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

Tiga Beradik Tidak Tahu Sekolah Ditutup Maut Kemalangan, Motosikal Ditunggang Dalam Keadaan Jerebu

08/10/2026
0

PONTIAN - Tiga beradik maut selepas motosikal yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Jalan Kampung Parit Haji Siraj,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd