• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

1:100 Rakyat Malaysia Dikesan Hidap Sakit Mental, Skizofrenia!

oleh Ahmad Albab
20/10/2014
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Setiap seorang daripada 100 rakyat Malaysia dikesan menghidap penyakit mental, skizofrenia, kata Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya.

Beliau berkata situasi itu membimbangkan kerana pesakit skizofrenia boleh bertindak mencederakan diri sendiri dan orang lain.

“Semakin ramai rakyat Malaysia menghidap skizofrenia kerana pesakit dan masyarakat sekeliling tidak memandang serius masalah berkenaan selain enggan mendapatkan rawatan.

“Masalah kesihatan mental terutama penghidap skizofrenia tidak boleh dipandang ringan kerana jika tidak dirawat, mereka boleh bertindak mencederakan orang lain, ini sangat berbahaya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kem I Want Sihat (KIS) sempena sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia 2014 di sini, hari ini.

Skizofrenia ialah sejenis penyakit mental di mana pesakit mengalami gangguan perasaan, pemikiran, emosi dan tingkah laku yang menyebabkan mereka seolah-olah berada dalam dunia mereka sendiri.

Dr Hilmi berkata masyarakat juga perlu membuang stigma bahawa pesakit mental tidak boleh diubati atau diberi perhatian yang sewajarnya.

Katanya masalah berkaitan kesihatan dan penyakit mental perlu dibincang secara terbuka agar stigma terhadap isu itu dapat dikurangkan dan pesakit berkenaan tidak berasa malu untuk mendapatkan rawatan.

“Masyarakat terutama keluarga sepatutnya tidak menjauhkan diri daripada mereka sebaliknya terus memberi sokongan dan saya percaya sekiranya rawatan awal diberi, penyakit itu dapat dikawal dan pesakit akan pulih,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata pihaknya menyasarkan untuk menambah jumlah pakar psikiatri daripada 300 kepada 900 orang dalam tempoh beberapa tahun akan datang bagi memastikan ia dapat menampung keperluan rakyat Malaysia.

Bagi merealisasikan sasaran itu, beliau berkata setiap tahun Kementerian Kesihatan menawarkan biasiswa kepada 50 doktor untuk menjadi pakar psikiatri.

“Pada masa ini, nisbahnya adalah seorang pakar psikiatri untuk 150,000 rakyat. Kita sepatutnya mempunyai nisbah pakar ini mengikut piawaian antarabangsa iaitu seorang pakar bagi 50,000 penduduk,” katanya.

Dr Hilmi berkata jumlah mereka yang menghidap sakit mental di negara ini dijangka bertambah setiap tahun berdasarkan faktor tekanan hidup, pekerjaan, ekonomi dan rumahtangga.

“Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan pada 2006 mendapati mereka yang mengalami masalah mental adalah 11.2 peratus bagi dewasa dan 20.3 peratus untuk kanak-kanak dan remaja.

“Pada 1996, kita mencatat 10.3 peratus (dewasa) dan 13 peratus (kanak-kanak dan remaja),” katanya. – BERNAMA

Tags: Hilmi Yahaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belum Cadang Ketum Ubat Sakit, Pulih Tagih Dadah

17/12/2017
0

BALIK PULAU - Kerajaan tidak bercadang menjadikan ketum sebagai ubat tahan sakit atau rawatan ketagihan dadah, walaupun struktur dan molekul...

Skim PPBP: Pesakit Tidak Mampu Bayar Tetap Akan Dirawat

21/12/2016
0

KUALA LUMPUR - Pesakit yang tidak mampu membayar caj dan kos perkhidmatan di bawah Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (PPBP)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd