• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sarawak Komited Bantu Sekolah Cina – Adenan

oleh Ahmad Albab
22/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Sekolah-sekolah persendirian Cina di Sarawak diberi jaminan bahawa kerajaan negeri komited dalam usaha membantu meringankan beban pengurusannya.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang menganggap cadangan sesetengah pihak supaya sekolah-sekolah Cina ditutup sebagai ‘cakap bodoh’ berkata, pemimpin Cina di Sarawak tidak perlu bimbang mengenai perkara itu, kerana kerajaan Sarawak komited untuk membantu sekolah berkenaan.

Beliau berkata selain Bahasa Mandarin, sekolah-sekolah ini turut mengajar mata pelajaran bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan ia turut disertai pelajar daripada kaum lain di Sarawak.

“Ini permulaan kita bantu (kewangan) RM3 juta, tahun depan ada lagi, mungkin lebih besar, kita beri RM3 juta dulu,” katanya semasa berucap pada majlis penyampaian cek sumbangan kerajaan Negeri kepada Sekolah-sekolah Bantuan Jenis Kebangsaan Cina Sarawak di Chung Hua Middle School No 1, di sini.

Sumbangan RM3 juta kepada Sarawak United Association of Private Chinese Secondary School Management Board itu adalah untuk diagihkan kepada semua 14 sekolah swasta Cina di Sarawak.

Adenan berkata masyarakat Cina sudah berada di Sarawak sejak beratus tahun, menjangkau lebih lima generasi.

“Jangan panggil ini orang pendatang, tidak bagus. Anda rakyat Malaysia, anak Sarawak,” katanya menambah saiz Sarawak yang “cukup besar untuk semua” dan adalah tidak adil untuk melabelkan kaum tertentu sebagai pendatang.

Menurutnya, walaupun soal pendidikan berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan, namun dalam soal bantuan terus untuk sekolah-sekolah, kerajaan negeri tidak ada masalah untuk campur tangan dalam menghulur bantuan. – BERNAMA

Tags: Adenan Satem
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Usaha Baik Pulih Apartment Teratai Dipergiat

Next Post

Kapal Kedua Sertai Pencarian MH370

Related Posts

Namakan Lapangan Terbang Kuching Sempena Adenan

05/04/2017
0

KUCHING - Seorang bekas menteri Sarawak, Tan Sri Leonard Linggi Jugah hari ini mencadangkan supaya Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching di...

Watson Nyambek Bantu Calon BN PRK Tanjong Datu

12/02/2017
0

KUCHING - Sokongan padu rakyat dan cetusan semangat terus diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK)...

Next Post

Kapal Kedua Sertai Pencarian MH370

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd