• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Samsung Meningkat Ke Tempat Ke-7 Jenama Global Terbaik

oleh Ahmad Albab
10/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Samsung Electronics, syarikat teknologi utama Korea Selatan dan pembuat cip terbesar dunia, meningkat ke tempat ketujuh daripada tangga kelapan pada 2013, dalam laporan tahunan Interbrand Jenama Terbaik Global yang dikeluarkan hari ini.

Nilai jenama Samsung Electronics meningkat 15 peratus kepada US$45.5 bilion pada 2014 daripada US$39.6 bilion pada 2013.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pegawai Pemasaran SP Kim berkata Samsung terus menunjukkan pertumbuhan besar dalam nilai jenamanya, yang lebih dua kali ganda kadar pertumbuhan purata 7.4 peratus dicapai oleh 100 Jenama Terkemuka Dunia.

Laporan itu mengiktiraf pertumbuhan global nilai jenama Samsung melalui inisiatif pemasaran kreatif dan secara berterusan menjadi peneraju pasaran merentasi banyak kategori produk, termasuk telefon pintar, televisyen, peralatan digital dan peranti memori.

Beliau berkata Samsung mengekalkan kedudukan nombor satunya dalam pasaran telefon pintar selama dua tahun, dipacu dengan pelancaran produk telefon pintar utamanya termasuk peranti baharu dalam siri Galaxy S dan Note manakala peralatan boleh pakai seperti Samsung Gear dan Samsung Gear VR yang menjadi penjana baharu pertumbuhan.

Bagi pasaran televisyen, Samsung berupaya melanjutkan penguasaan di peringkat global buat tahun kelapan hasil pengenalan TV melengkung pertamanya.

Samsung juga menerajui pasaran premium untuk perkakasan digital menerusi  produk baharunya seperti Chef Collection, kata Kim. – BERNAMA

Tags: Samsung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Samsung Lancar Telefon Pintar Premium Galaxy S10

21/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Samsung Electronics Co. Ltd., (Samsung) menerusi Samsung Malaysia melancarkan telefon pintar premium terbaharunya, Galaxy S10, yang boleh...

Baju Pintar Mampu Kesan Penyakit Paru-Paru

03/02/2019
0

SEOUL – Firma elektronik gergasi Korea, Samsung dilaporkan sedang menghasilkan baju pintar yang berupaya mengesan sejumlah penyakit berkait paru-paru seperti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd