Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Pengarah JPS Antara 3...

KUALA LUMPUR – Pengarah Jabatan Pengairan dan Saliran antara tiga individu ditahan hari...

Cincin ‘Pintar’ Alert Pemakai...

BUKAN setakat berfungsi sebagai aksesori biasa, cincin Stargaze ini dicipta untuk membuat pemiliknya dapat...

Lelaki Ragut Wanita Ditahan...

GEORGE TOWN - Tindakan pantas polis bertindak mengejar dua lelaki yang meragut seorang...

Wanita Menyamar Lelaki Untuk...

LONDON - Macam-macam gelagat lesbian menipu. Demi mendapatkan wanita idamannya, seorang wanita Gayle...

Restoran Jamin Tidak Naik Harga Makanan

SHAH ALAM – Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) beri jaminan tidak akan menaikkan harga makanan dan minuman meskipun subsidi harga petrol dan diesel dikurangkan sebagaimana yang diumumkan kerajaan.

Presidennya, Noorul Hassan Saul Hammed berkata, Presma akan mengekalkan harga seperti biasa selagi pemborong dan pembekal tidak menaikkan harga bahan mentah.

“Kami hanya tunggu dan lihat buat masa ini dan pada tempoh ini harga tidak akan dinaikkan. Bagaimanapun jika pemborong dan pembekal menaikkan harga bahan mentah, kami akan kaji semula harga hidangan.

“Kalau boleh memang kami tidak mahu pengguna terbeban dengan harga di premis ahli persatuan kami. Kami akan cuba tanggung kos berkenaan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Beliau turut berterima kasih kepada ahli Presma kerana tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya.

“Sebelum ini, memang ada yang mendesak untuk menaikkan harga makanan tetapi kali ini mereka tidak melakukannya kerana memikirkan kos hidup yang semakin meningkat,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau turut menolak dakwaan yang menyatakan berlaku kenaikan harga hidangan di restoran milik ahlinya.

“Mungkin ada yang menaikkan harga makanan dan minuman selepas subsidi minyak ditarik tetapi bukan ahli kami,” katanya.

Dalam pada itu, sebilangan pengusaha restoran India Muslim di bandar raya ini turut memberi jaminan yang serupa ketika ditemui Sinar Harian semalam.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengusaha masih mengekalkan harga sama bagi setiap hidangan.


Menurut pemilik sebuah restoran di Shah Alam yang hanya mahu dikenali sebagai Sheikh Mohamed, pihaknya tidak akan membuat perubahan harga hidangan dalam masa terdekat.

“Harga roti canai masih lagi RM1 dan teh tarik masih kekal RM 1.60. Harga ini tidak akan naik.

“Harga minyak saja naik, jadi harga makanan tidak akan naik,” katanya.

Sementara itu, Nijar Ahmad, pembantu di sebuah lagi restoran India Muslim berkata, dia belum menerima sebarang arahan daripada pemilik restoran untuk menaikkan harga makanan.

“Setakat ini majikan belum memaklumkan apa-apa lagi berkenaan kenaikan harga dan tidak tahu lagi sama ada harga naik atau tidak,” katanya.

Manakala sebuah lagi restoran turut memberi jaminan sama berhubung harga hidangan di situ.

Pembantu restoran itu, Sukur Khan berkata, pelanggan tidak perlu risau untuk makan di kedainya kerana harga masih sama.

“Sekarang tidak ada apa-apa perubahan, pelanggan boleh datang makan macam biasa di kedai ini.

“Harga teh tarik masih RM 1.50, roti canai pun masih RM1,” katanya. – Sinar Harian Online

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori