• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Proses Kendalikan Kertas UPSR Sistematik

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Prosedur pengendalian kertas peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) yang sudah dijawab, dilakukan secara sistematik, tersusun dan terperinci, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Katanya, beliau sendiri telah menyaksikan prosedur pengendalian kertas peperiksaan yang dijawab itu bersama Jawatankuasa Bebas Mengkaji

Pengurusan Peperiksaan Awam ketika mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu di Lembaga Peperiksaan Malaysia di sini hari ini.

Idris berkongsi pengalaman itu dalam ucapan spontannya ketika menghadiri majlis pelancaran pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke Kejohanan Fira Roboworld Cup China dan Kejohanan Robot World Korea 2014 di sini, sejurus selepas mengadakan pertemuan dengan anggota jawatankuasa itu.

“Tadi dalam perjumpaan dengan jawatankuasa UPSR, semua mendapat penjelasan terperinci mengenai cara mana kertas UPSR ditanda, keluar kotak, disisih, sampailah masuk ke bilik kebal dan scanning dibuat.

“Semuanya dilakukan secara sistematik dan hanya orang tertentu sahaja yang boleh masuk bilik kebal itu,” jelasnya.

Sementara itu dalam kenyataan akhbar yang diedarkan, Idris mengumumkan pelantikan dua anggota tambahan jawatankuasa bebas
tersebut.

Mereka ialah bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah, Datuk Kee Mustafa dan bekas Pengetua Cemerlang Sarawak, Chan Kim Kuay @ Christopher Tan.

Pelantikan berkenaan telah diluluskan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Pendidikan.

“Ahli yang baharu ini akan bersama-sama membantu dan menyumbang kepakaran mereka dalam jawatankuasa bebas itu,” katanya.

Pada 10 September lepas, kertas peperiksaan subjek sains UPSR ditangguhkan setelah didapati bocor, dan sehari selepas itu, kertas peperiksaan Bahasa Inggeris juga bocor.

Murid-murid menduduki semula peperiksaan kedua-dua subjek berkenaan pada 30 September lepas.

Pada 22 September, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Khair Mohamad Yusof mengumumkan kertas peperiksaan subjek Matematik dan Bahasa Tamil UPSR yang berlangsung pada 10 Sept dibatalkan setelah disahkan bocor.

Tarikh baharu peperiksaan bagi kedua-dua mata pelajaran itu ditetapkan pada 9 Oktober ini. – BERNAMA

Tags: Idris JusohUPSR
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

KPM Kaji Keperluan Kembalikan UPSR, PT3

09/01/2026
0

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) akan mengkaji semula keperluan untuk mengembalikan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) serta Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3)....

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

Peperiksaan Mirip UPSR: Hasrat Sarawak Selari KPM Perkukuh Sistem Pendidikan

02/11/2023
0

KUALA LUMPUR : Kementerian Pendidikan (KPM) terbuka dengan hasrat Sarawak untuk mewujudkan sistem penilaian sendiri bagi menggantikan Ujian Pencapaian Sekolah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd