Wednesday, May 1, 2024

Creating liberating content

Perlu Bersyukur Sambut Perayaan...

BAGAN DATOH - Rakyat di negara ini seharusnya bersyukur kerana dapat menyambut pelbagai...

Ketua Armada Bersatu Trending...

BILA sesuatu topik diperkatakan secara berulang-ulang dan banyak kali, ia akan mula disebut sebagai trending di Twitter.Apa sahaja isu yang menarik perhatian netizen berpotensi trending.Ia mungkin hashtag atau topik tertentu yang diulang kicau dan sebut oleh netizen Twitter.Mungkin ia topik tempatan dan adakalanya topik negara asing seperti melibatkan artis K-pop.Sebelum ini hashtag #kerajaangagal trending sehingga beberapa hari dan sehingga kini akan kembali tengelamkan timbul hampir setiap hari.Ia merupakan luahan kecewa rakyat dengan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.Hari ini, satu lagi topik tempatan menarik perhatian apabila trending di tempat pertama.Topiknya ialah Aina.Siapa Aina..? Entah...Yang menjadi sebutan dan perhatian sejak dua minggu lalu adalah seorang pelajar perempuan bernama Ain.Ain Husniza Saiful Nizam, 17, seorang pelajar yang berani mendedahkan sikap gurunya yang bergurau mengenai perbuatan rogol di hadapan dirinya dan rakan-rakan sekelas yang lain.Pendedahan Ain secara pantas menjadi satu topik nasional dan mengundang kecaman serta sokongan dari pelbagai pressure groups dan kumpulan-kumpulan yang berkepentingan.Seperti mana bila tumpahnya gula maka semut akan mula menghurung, begitu juga dengan pendedahan Ain.Pelbagai pemimpin politik dan parti mereka mula menempel dan memperlihatkan sokongan kepada Ain apabila menyedari sentimen dan mood majoriti rakyat adalah positif dengan pendedahan oleh Ain.Sehinggakan ahli politik yang ada sabitan seksual jelas seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak ketinggalan mahu menumpang tuii sedikit.Namun, Anwar tidak menarik perhatian sangat.Yang menjadi perhatian ialah apabila Ketua Armada, Senator Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal atau Mat Jargon pun tidak mahu ketinggalan memperlihatkan kononnya menyokong dan ala-ala memahami perjuangan Ain.Maka pergilah Mat Jargon yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan bertemu dengan pelajar berkenaan.Seperti biasa, jumpa diam-diam mana gempak kan, mestilah nak umum kepada satu dunia kononnya buat kerja dan bersama dengan Ain dalam perjuangannya.Maka timbul la status berikut :Yang diikuti dengan komen-komen netizen sehingga trending la Mat Jargon kerana kebodohannya... 😂.1. Nama dia Ain, bukan Aina.2. Mana ada 'more braver', bodoh. Translate TweetAnd mistreated, bukan 'miss treated'.Lu punya gaji berapa kilo? Haiya, lanjiao.Banyak sangat sebenarnya komen yang dibuat tetapi rumusannya berkisar perkara-perkara di atas.Isunya berkaitan penguasaan bahasa Inggeris Mat Jargon sebenarnya.Namun, Bahasa Inggeris dia ni sebenarnya ok.So status ni mungkin dimuatnaik salah seorang staffnya kot.Macam mana pun tetap kebodohan dia la jugak kalau bagi kat orang lain buat... Orang macam mana yang kau pilih Mat? 😂

Bapa Sanggup Ambil Cuti...

KUALA TERENGGANU - Seorang bapa yang juga kakitangan Petronas di Melaka sanggup mengambil...

Wajah Adik Comel Ini...

HENDAK tergelak jadinya melihat gambar seorang kanak-kanak lelaki yang kini heboh diperkatakan di...

Politeknik Kini Pusat Pengajian Bertaraf Dunia

PUTRAJAYA – Politeknik di Malaysia sudah berkembang menjadi pusat pengajian hebat yang bukan sahaja cemerlang di dalam negara malah di peringkat dunia, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata politeknik Malaysia menjadi institusi pertama mendapat anugerah emas dalam akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).

“Politeknik juga mendapat pengiktirafan Canadian Technology Accreditation Board (CTAB) dalam tujuh program kejuruteraan,” katanya ketika melancarkan pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke kejohanan 19th Fira Roboworld Cup and Congress China 2014 dan kejohanan Robot World Korea 2014 di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan Idris turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada dua wakil kontinjen berkenaan.

Pasukan Politeknik Malaysia menyertai lima kategori pertandingan dalam kejohanan 19th Fira Roboworld Cup and Congress China 2014 yang akan berlangsung pada 5 hingga 10 Nov depan.


Pasukan yang bertanding terdiri daripada pegawai dan pelajar dari tiga politeknik iaitu Politeknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Ungku Omar.

Sementara Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Azlan Shah mewakili Malaysia pada kejohanan Robot World Korea 2014 yang berlangsung pada 23 hingga 26 Okt ini.

Fira Roboworld Cup and Congress merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot soccer serta pembentangan mengenai perkembangan teknologi robotik di peringkat antarabangsa.

Sementara kejohanan Robot World Korea 2014 merupakan kejohanan robotik yang dijalankan setiap tahun di Kintex City, Seoul yang melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak industri dan institusi pendidikan. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori