• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Politeknik Kini Pusat Pengajian Bertaraf Dunia

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Politeknik di Malaysia sudah berkembang menjadi pusat pengajian hebat yang bukan sahaja cemerlang di dalam negara malah di peringkat dunia, kata Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh.

Beliau berkata politeknik Malaysia menjadi institusi pertama mendapat anugerah emas dalam akreditasi Asia Pacific Accreditation and Certification Commission (APACC).

“Politeknik juga mendapat pengiktirafan Canadian Technology Accreditation Board (CTAB) dalam tujuh program kejuruteraan,” katanya ketika melancarkan pasukan robotik Kementerian Pendidikan ke kejohanan 19th Fira Roboworld Cup and Congress China 2014 dan kejohanan Robot World Korea 2014 di sini hari ini.

Pada majlis berkenaan Idris turut menyerahkan Jalur Gemilang kepada dua wakil kontinjen berkenaan.

Pasukan Politeknik Malaysia menyertai lima kategori pertandingan dalam kejohanan 19th Fira Roboworld Cup and Congress China 2014 yang akan berlangsung pada 5 hingga 10 Nov depan.

Pasukan yang bertanding terdiri daripada pegawai dan pelajar dari tiga politeknik iaitu Politeknik Seberang Perai, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah dan Politeknik Ungku Omar.

Sementara Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Azlan Shah mewakili Malaysia pada kejohanan Robot World Korea 2014 yang berlangsung pada 23 hingga 26 Okt ini.

Fira Roboworld Cup and Congress merupakan acara tahunan yang diadakan sebagai platform pertandingan robot soccer serta pembentangan mengenai perkembangan teknologi robotik di peringkat antarabangsa.

Sementara kejohanan Robot World Korea 2014 merupakan kejohanan robotik yang dijalankan setiap tahun di Kintex City, Seoul yang melibatkan pelbagai agensi termasuk pihak industri dan institusi pendidikan. – BERNAMA

Tags: Idris JusohPoliteknik
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

OKU Lepasan Politeknik Kini Ketua Cef Pastri Restoran Terkenal

31/07/2024
0

JIKA anda menetap di sekitar Seremban, Negeri Sembilan atau daerah berjiran iaitu Sepang, Selangor, nama Gastrohub Restaurant & Event Space...

Kemasukan Pelajar Baharu UA, IPTS Mulai 1 Julai

28/05/2020
0

KUALA LUMPUR - Kemasukan pelajar baharu universiti awam (UA), Politeknik dan Kolej Komuniti serta institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd