• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PM Belanda Lawat Malaysia Bincang Tragedi MH17

oleh Ahmad Albab
17/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte, akan melawat Malaysia pada 5 November ini sebelum ke Australia, khusus bagi membincang isu berkisar kepada tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine pada 17 Julai lalu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata Rutte mengesahkan lawatan itu dalam pertemuan mereka di luar Sidang Kemuncak Mesyuarat Asia-Eropah (ASEM) ke-10, di Milan, semalam.

“Tujuan beliau melawat Malaysia dan kemudian ke Australia ialah untuk terus memberi penekanan terhadap isu MH17 dan isu ini akan sentiasa dalam perhatian masyarakat antarabangsa,” katanya kepada wartawan Malaysia di Milan malam tadi.

Tragedi membabitkan pesawat milik MAS itu mengorbankan 293 orang, termasuk 193 rakyat Belanda dan 43 warga Malaysia.

Najib berkata, ramai pemimpin Eropah dan Asia yang menemuinya sama ada dalam majlis rasmi, pertemuan dua hala atau perbincangan tidak formal melahirkan rasa simpati dan takziah kepada Malaysia berikutan tragedi itu.

Katanya, ada yang meminta penjelasan mengenai situasi masa kini dan langkah yang akan terus dilakukan Malaysia.

“Semua orang rasa bahawa tak patut Malaysia dibebani dengan peristiwa dan tragei MH17. Semua merasakan yang kita ini menjadi mangsa kepada konflik geopolitik di kawasan itu dan tidak kena mengena dengan kita sama sekali,” katanya.

Beliau berkata, Presiden Perancis, Francois Hollande misalnya turut menyentuh isu MH17 ketika mereka mengadakan pertemuan dan mahu Malaysia terus memperjuangkan usaha menentang keganasan global. – BH Online

 

Tags: BelandaMH17
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

Belanda: Ratusan Sertai Protes Bantah Kerajaan Bekal Senjata Kepada Israel

15/11/2023
0

AMSTERDAM: Ratusan penduduk berhimpun di Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam di Belanda bagi membantah tindakan kerajaan yang membekalkan senjata kepada Israel....

Arab Saudi Kecam Tindakan Provokatif Koyak Al-Quran Di Belanda

Arab Saudi Kecam Tindakan Provokatif Koyak Al-Quran Di Belanda

26/01/2023
0

RIYADH: Arab Saudi mengecam sekeras-kerasnya tindakan seorang pelampau yang memijak dan mengoyakkan naskhah al-Quran berhampiran Parlimen di The Hague, Belanda....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd