• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PLUS Jangka Pertambahan Kenderaan Hingga Lewat Malam

oleh Ahmad Albab
07/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Plus Expressways Sdn Bhd (PLUS) menjangka pertambahan kenderaan di semua lebuh raya kendaliannya bermula tengah hari hingga lewat malam ini berikutan orang ramai mula pulang ke ibu kota, selepas cuti Aidiladha.

Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS berkata setakat pukul 7 malam, aliran trafik adalah perlahan dari arah utara bermula dari Bukit Gantang ke Kuala Kangsar, Sungai Perak ke Terowong Menora, Ipoh ke Simpang Pulai, Tapah ke Slim River dan Bukit Tagar ke Rawang.

“Trafik dari arah selatan turut perlahan di laluan Bukit Gambir ke Jasin dan Simpang Ampat sehingga ke Kawasan Rehat dan Rawat Seremban berikutan pertambahan kenderaan bermula tengah hari tadi,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Sementara itu jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) berkata trafik dari arah pantai timur perlahan bermula di sekitar Plaza Tol Karak ke Bukit Tinggi dan Genting Sempah ke Gombak.

“Manakala aliran trafik di lebuh raya sekitar Lembah Klang masih lancar,” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. – BERNAMA

Tags: PLUS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd