• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Piala Malaysia: Johor Sediakan 2,000 Tiket Percuma

oleh Ahmad Albab
27/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHRU – Sebanyak 2,000 tiket percuma untuk anak Johor disediakan Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin bagi memberi sokongan kepada pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini.

Mohamed Khaled menerusi satu kenyataan berkata, maklumat lanjut mengenai tiket percuma itu boleh didapati menerusi laman Facebook beliau di www.facebook.com/mohamedkhalednordin.

“Kejayaan pasukan JDT mara ke perlawanan akhir bukan sahaja berjaya menaikkan nama pasukan tetapi yang lebih penting ia berjaya menyatukan rakyat berbilang kaum di negeri ini. Saya dapat melihat rakyat berbilang kaum dan agama bergembira dan memberi sokongan kepada pasukan JDT.

Inilah Muafakat Johor kerana sejak dahulu lagi Johor cukup dikenali di seluruh negara dengan rakyatnya yang bersatu padu. Justeru, saya berbesar hati untuk menyediakan 2,000 tiket percuma untuk anak Johor bagi bersama-sama memberi sokongan kepada pasukan JDT pada perlawanan akhir nanti,” katanya menerusi kenyataan berkenaan.

Mohamed Khaled berkata di sebalik kejayaan itu, beliau mewakili seluruh rakyat Johor ingin mengambil kesempatan menjunjung kasih kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana membawa pasukan bola sepak negeri ini ke satu tahap yang membanggakan.

Beliau berkata, semangat dan komitmen Tunku Ismail yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor memberi peluang kepada seluruh rakyat negeri ini untuk merasai kegembiraan berkenaan.

Mohamed Khaled berkata, beliau berharap dengan sokongan anak Johor yang menyaksikan perlawanan menentang pasukan Pahang kelak, ia mampu membakar semangat pasukan JDT untuk mengecapi kemenangan.

Katanya, sehubungan itu, para penyokong yang akan menyaksikan perlawanan terbabit diminta supaya menjaga nama baik negeri Johor, bersikap profesional dan penuh semangat kesukanan.

“Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat maju jaya kepada pasukan Pahang. Bermainlah dengan semangat kesukanan yang tinggi dan semoga dengan perlawanan akhir ini, ia akan merapatkan lagi hubungan antara Johor dan Pahang.

“Akhir sekali, marilah kita bersama-sama berdoa supaya pasukan kebanggaan kita iaitu JDT dapat merangkul kejuaraan Piala Malaysia tahun ini. Ayuh Johor, luaskan kuasamu,” katanya. – BERNAMA

Tags: JDTPiala Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

JDT Penuhi Impian Rakyat Kelab Malaysia Bersaing di Pentas Antarabangsa – Akmal

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh mengucapkan tahniah kepada kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd