• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Petron-JAS Meterai MoU Pulihara Alam Sekitar

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETRON Malaysia hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk bersama-sama mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui pelbagai aktiviti.

Ketua Loji Penapisan Petron Port Dickson Fadzilah Mohd Tahir berkata pemeteraian MoU ini selari dengan tema ulang tahun ke-50 Loji Penapisan Petron Port Dickson, yang bertumpu kepada nilai keselamatan, ketenteraman, kesihatan dan perlindungan alam sekitar.

“Rancangan pemuliharaan alam sekitar ini akan berterusan sepanjang tahun di mana kami dan JAS akan bersama-sama mendidik komuniti masyarakat terutamanya di kawasan di mana Petron beroperasi,” katanya selepas menandatangani MoU itu di Port Dickson hari ini.

MoU berkenaan ditandatangani oleh Fadzilah bagi pihak Petron Malaysia dan Ketua Pengarah JAS Negeri Sembilan Charanpal Singh Karpal Singh bagi pihak JAS.

Turut hadir Yang Dipertua Majlis Perbandaran Port Dickson Datuk Ab. Khalid Mat. Terdahulu, warga kerja Petron Malaysia bersama-sama lebih 100 pelajar sekolah rendah di daerah ini telah membersihkan persisiran pantai di Bagan Pinang.

Mereka juga turut mengendapkan kira-kira 300 bola lumpur ke dalam pantai itu.

“Kegiatan ini merupakan satu manifestasi usaha kemampanan kami kerana pembersihan ini sejajar dengan usaha organisasi yang berterusan mengurangkan kesan penggunaan karbon, penjimatan tenaga dan pengurusan bahan buangan.

“Dengan memupuk konsep penjagaan alam sekitar pada peringkat awal usia di samping melakukan tindakan yang mudah tetapi bermakna, mereka mampu menjadi pemangkin untuk mendatangkan perubahan positif dalam mewujudkan masyarakat sihat dan selamat,” kata Fadzilah. – BERNAMA

Tags: JASPetron
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

JAS Siasat Penemuan 40 Beg Jumbo Bahan Buangan Di Kulim

22/06/2024
0

Alor Setar : Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan 40 beg jumbo yang disyaki mengandungi bahan...

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

Sungai Lereh Tercemar Akibat Sisa Kumbahan Ternakan – ADUN

19/02/2023
0

MELAKA: Pencemaran Sungai Lereh yang berlaku semalam dipercayai berpunca daripada pembuangan sisa kumbahan aktiviti penternakan lembu dan kambing. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd