Sunday, June 16, 2024

Creating liberating content

Laku Terjual, Tudung Neelofa...

KUALA LUMPUR:  Naelofar, jenama tudung keluaran pelakon popular Neelofa Mohd Noor mendapat sambutan...

Nasib JAKIM Akan Ditentukan...

TUN Dr. Mahathir Mohamad berkata, peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan dibincangkan...

Tertidur Dalam Mesyuarat, Menteri...

MENTERI Pertahanan Korea Utara, Hyon Yong-chol dilaporkan dibunuh hanya disebabkan tertidur ketika menghadiri...

Nangis Kasut Spiderman Hanya...

ALAHAI... Sebagai kanak-kanak, mungkin ramai yang berangan-angan untuk menjadi seperti watak adi wira...

Bicara Kes Nizar Jamaluddin Fitnah Najib Bermula 12 Jan

IPOH – Mahkamah Sesyen di sini hari ini menetapkan lima hari bermula 12 Jan tahun depan sebagai tarikh perbicaraan kes fitnah bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dua tahun lepas.

Dalam prosiding hari ini, Hakim Madihah Harullah menetapkan tarikh itu selepas persetujuan pihak pendakwaan dan pembelaan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Masri Mohd Daud memberitahu mahkamah bahawa pihaknya belum menerima notis bantahan awal daripada pihak pembelaan yang diketuai peguam Datuk Yusof Mohd Zainal Abidin.

Bagaimanapun Yusof memaklumkan kepada mahkamah bahawa terdapat salah faham berhubung perkara tersebut, dan pihaknya belum memutuskan sama ada akan memfailkan bantahan awal atau sebaliknya.

Sekiranya bantahan awal difailkan, masa yang mencukupi akan diberikan kepada pihak pendakwaan, katanya.

“Kami akan memaklumkan mahkamah dalam satu atau dua minggu sebelum perbicaraan bermula,” katanya.


Selain itu peguam Hatim Musa memohon gambar berwarna dibekalkan kepada pihak pembelaan memandangkan pihaknya hanya mempunyai sedikit gambar berwarna selainnya adalah gambar hitam putih.

Mohammad Nizar, 57, yang beralamat di Sungai Rokam di sini dituduh memfitnah Najib dalam ucapannya kepada orang ramai di Taman Desa Pakatan di sini, antara pukul 9 malam dan 12 tengah malam, 23 April 2012.

Mohammad Nizar yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak didakwa mengetahui tohmahan seperti yang terkandung dalam transkrip ucapan dalam Lampiran A, yang disertakan bersama-sama kertas pertuduhan itu, akan merosakkan nama baik Najib.

Beliau didakwa mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mohammad Nizar diwakili 13 peguam yang diketuai Yusof, manakala pihak pendakwaan diwakili Masri, yang juga Ketua Unit Pendakwaan Negeri Perak dan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori