• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penjenayah Ditembak Mati Dipercayai Perompak

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Dua penjenayah yang ditembak mati di Penampang Baru petang semalam dipercayai terlibat dengan tiga kejadian rompakan bersenjata bulan ini, kata Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman hari ini.

Tiga kejadian itu berlaku di sebuah kedai elektrik di Penampang pada 6 Oktober, sebuah pasar raya di Kota Kinabalu pada 9 Oktober dan sebuah kedai emas di Tuaran pada 16 Oktober lepas.

“Susulan risikan polis, kita kerap mengadakan sekatan jalan raya untuk membanteras suspek yang kita percaya terlibat dengan kes rompakan dan samun bersenjata,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Menurutnya, dua lelaki yang ditembak mati itu masing-masing berumur 50 dan 45 tahun dipercayai warganegara Filipina dan diburu polis sejak kira-kira tiga bulan lalu.

Ketika ditanya pemberita jika penjenayah tersebut mempunyai kaitan dengan militan Sulu dan menjalankan kegiatan merekrut anggota baharu, Jalaluddin berkata perkara itu akan disiasat secara terperinci, termasuk jika penjenayah tersebut mempunyai rekod jenayah lampau.

“Saya tidak boleh bagi kenyataan jika mereka ini ada kaitan dengan militan Sulu. Tetapi saya tidak menafikannya,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira 4 petang semalam, Jalaluddin berkata sepasukan petugas khas mengekori dua lelaki terbabit yang menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda dari bandar Kota Kinabalu menuju Penampang Baru.

Menurutnya, pasukan berkenaan mengecam wajah lelaki menerusi gambar orang yang dikehendaki polis.

“Kenderaan pacuan empat roda itu berhenti di depan sebuah restoran dan seorang daripada anggota polis pergi ke pintu pemandu kenderaan berkenaan, manakala seorang lagi pergi ke pintu kiri penumpang depan.

“Setelah mengetuk jendela pintu pemandu dan memperkenalkan diri sebagai polis, anggota di sebelah pintu kiri penumpang ternampak penumpang kenderaan itu memegang sepucuk pistol dan berteriak ‘pistol’ dan tembak menembak pun berlaku,” jelasnya.

Jalaluddin berkata polis merampas dua telefon bimbit, dompet, pistol jenama Browning, satu peluru di dalam kelongsong dan dua kelongsong peluru.-BERNAMA

Tags: penjenayahpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Sisters In Islam Cabar Fatwa Mereka Menyimpang Dari Islam

Next Post

Pemandu Lori Acu Senapang Lepas Langgar Kereta Orang

Related Posts

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

Op Didik: Polis Terjah Sekolah Menengah Di Ampang

12/05/2025
0

Ampang: Sebanyak 43 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan dan lima motosikal disita menerusi Op Didik di sebuah sekolah menengah di...

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

Pasangan Kekasih Ditahan Polis, Curi Barang Kemas Bernilai RM111,743

04/05/2025
0

Shah Alam: Sepasang kekasih yang disyaki mencuri sejumlah barang kemas di sebuah kedai emas di daerah ini diberkas di Puncak...

Next Post

Pemandu Lori Acu Senapang Lepas Langgar Kereta Orang

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd