• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Dalam Talian Bebas Tuduhan Edar Dadah

oleh Ahmad Albab
31/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Seorang peniaga dalam talian hari ini terlepas daripada hukuman gantung sampai mati apabila Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskannya daripada pertuduhan mengedar dadah kanabis dan methamphetamine tahun lepas.

Mohd Hafidz Mohd Razali, 32, turut dilepas dan dibebaskan daripada dua pertuduhan memiliki dadah dan pertuduhan memiliki satu foil aluminium berisi 10 biji pil yang mengandungi bahan beracun Phenazepam.

Hakim Mohd Azman Husin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Mohd Hafidz di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Mohd Husin berkata terdapat banyak kelompongan di dalam kes pendakwaan dan pengetahuan tertuduh mengenai kesemua dadah itu juga sukar dibuktikan oleh pihak pendakwaan.

Beliau berkata kegagalan pihak pendakwa membuktikan kewujudan asid deoksiribonukleik (DNA) orang ketiga dan penyewa rumah tidak dapat dikesan oleh pendakwaan merupakan isu utama dalam kes ini.

“Oleh itu, mahkamah berpendapat pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh bagi kelima-lima pertuduhan dan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri,” katanya.

Mohd Hafidz didakwa mengedar mengedar kanabis seberat 4.2kg dan methamphetamine seberat 94.51g, di sebuah unit kondo di Setapak, di sini pada 8.30 malam 10 Okt 2013, dan didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Dia juga didakwa memiliki dadah Methylenedioxymethamphetamine (MDMA) seberat 6.62g dan dadah Nimetazepam dengan berat bersih 0.47g serta memiliki satu foil aluminium berisi 10 biji pil berwarna oren yang mengandungi Phenazepam tanpa kebenaran pada masa dan tempat yang sama.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 12(2) ADB 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya dan mengikut Seksyen 30(5) Akta Racun 1952 yang membawa hukuman denda maksimum RM10,000 dan penjara maksimum 10 tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh yang menjual pakaian dan kasut di dalam talian, telah berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan berusia tujuh bulan kelihatan sebak sebaik keputusan itu dibacakan oleh hakim.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ashiqin Zulkifli manakala tertuduh diwakili peguam Afifuddin Ahmad Hafifi. – BERNAMA

Tags: kes dadahpeniaga online
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

3 Ditahan, Syabu RM1.32 Juta Dirampas Dalam Serbuan Di Ranau Dan Telupid

02/09/2025
0

KOTA KINABALU: Polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan berasingan di Ranau dan Telupid, dekat sini pada 28 Ogos lalu,...

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

Polis Masih Siasat Kes Anak Bekas PM Ditahan Kes Dadah

31/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Polis masih menyiasat kes membabitkan anak bekas seorang Perdana Menteri selepas sejumlah dadah ditemui dalam keretanya di Lebuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd