Monday, May 6, 2024

Creating liberating content

Pensyarah Tawar Hantaran RM500...

SEORANG lelaki menjadi perbualan hangat di media sosial selepas menawarkan wang hantaran RM500 kepada...

Penoreh Getah Mengaku Tidak...

TEMERLOH – Seorang penoreh getah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini...

Bos Gila, Koyak Wang...

ANDA mungkin merasakan bos anda adalah orang yang paling garang dan tidak bertimbang...

Malaysia, China & Australia...

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia bersama-sama Australia dan China telah berhempas-pulas mencari pesawat...

Lagenda Biola Jepun, Suzuki Didakwa Menipu

TOKYO – Lagenda guru biola Jepun, mendiang Shinichi Suzuki, berdepan kontroversi terbesar dalam sejarah muzik dunia selepas didakwa menipu kononnya beliau mendapat latihan di bawah lagenda muzik Jerman dan menjadi rakan kepada Albert Einstein.

Suzuki merupakan pengasas kepada kaedah Suzuki pada penghujung 1950-an yang kemudiannya menjadi ikutan berjuta-juta pemain biola di seluruh dunia.

Melalui kaedah yang diperkenalkan oleh Suzuki itu, ia membolehkan kanak-kanak semuda tiga tahun mempelajari biola dengan mudah.

Suzuki sebelum ini mendakwa menghabiskan masa selama lapan tahun dengan menjadi pelajar kepada Karl Klinger, yang juga professor muzik di sebuah sekolah berprestij tinggi di Berlin ketika 1920-an.

Sebaliknya Suzuki dilaporkan telah ditolak daripada memasuki sekolah muzik itu selepas gagal uji bakat.

Malah dakwaan bahawa beliau merupakan rakan kepada Einstein juga dikatakan palsu kerana Suzuki dilaporkan hanya bertemu Einstein sekali seumur hidup, iaitu ketika mahu menjual biola kepada Einstein.

Suzuki meninggal dunia pada 1998 ketika berusia 99 tahun.


Perkara ini didedahkan oleh seorang komposer dan guru biola di Amerika Syarikat, Mark O’Connor.

“Saya tidak percaya ada sesiapa yang betul-betul membuat pemeriksaan terhadap masa lampau beliau.

“Suzuki tidak mempunyai latihan bermain biola daripada mana-mana guru, sepanjang yang kita ketahui,’’ kata O’Connor .

Sebaliknya kata O’Connor dalam blognya, Suzuki mempelajari biola sendiri dan mula bermain biola pada usia 18 tahun.

O’Connor juga mendakwa Suzuki tidak pernah membuat sebarang persembahan secara profesional, membuat rakaman atau bermain sebarang posisi dalam orkestra.

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori