• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penerbangan Pertama MAS Bawa Pulang Jemaah Haji Tiba Hari Ini

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Penerbangan pertama Malaysia Airlines (MAS) membawa pulang jemaah haji Malaysia daripada Tanah Suci tiba awal hari ini.

Penerbangan MH8201, membawa 279 jemaah haji, mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 4.05 pagi, kata MAS dalam kenyataan dan menurutnya penerbangan itu berlepas dari Jeddah pada 2 petang (waktu Arab Saudi) semalam.

Semua jemaah berkenaan diwajibkan menjalani pemeriksaan seperti disyaratkan Kementerian Kesihatan bagi mencegah penyebaran merentas sempadan virus Ebola yang telah menjangkiti dan meragut nyawa penduduk di barat Afrika.

“Kementerian telah mewujudkan kaunter-kaunter kesihatan di pintu ketibaan untuk memastikan semua jemaah dan kru MAS diperiksa,” menurut kenyataan itu.

Bagi haji musim ini, MAS mengendalikan 39 penerbangan terus ke Jeddah dan Madinah dari tujuh bandaraya di Malaysia iaitu Kuala Lumpur (14 penerbangan), Pulau Pinang (enam), Johor (enam), Kuala Terengganu (lima), Alor Setar (lima), Kuching (dua) dan Kota Kinabalu (satu), antara 27 Ogos dan 27 Sept.

Sebanyak 28 penerbangan mendarat di Jeddah dan 11 di Madinah.

Kenyataan itu turut memetik Ketua Pegawai Eksekutif MAS Ahmad Jauhari Yahya sebagai berkata MAS dan Lembaga Tabung Haji mengalu-alukan kepulangan semua jemaah dan mengucapkan tahniah kepada mereka kerana berjaya menyempurnakan ibadah haji mereka.

“Dalam Islam, mengerjakan haji merupakan peluang dan rahmat daripada Allah SWT.

“MAS, bersama-sama dengan Lembaga Tabung Haji, komited untuk memberikan layanan komprehensif dan selesa di lapangan terbang dan semasa dalam pesawat kepada jemaah. Kami berharap perkhidmatan yang kami berikan kepada jemaah menjadi pengalaman indah kepada mereka,” kata Ahmad Jauhari.

Sejumlah 22,320 jemaah Malaysia mengerjakan haji musim ini. – BERNAMA

Tags: jemaah hajiMAS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

Jemaah Haji Malaysia Dipuji Tinggalkan Khemah Mina Bersih Dan Teratur

30/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji sikap dan disiplin jemaah haji...

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd