• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pemimpin Hong Kong Enggan Tunduk Kepada Penunjuk Perasaan

oleh AK-47
12/10/2014
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMIMPIN Hong Kong, Leung Chun-ying enggan tunduk kepada desakan penunjuk perasaan yang mahukan beliau berundur dan sebaliknya berikrar akan terus mengekalkan jawatannya.

Beliau memberi amaran bahawa bantahan yang dilakukan oleh pihak tertentu di negara yang menjadi hab kewangan Asia itu kini sudah tidak terkawal lagi dan tidak seharusnya diteruskan.

Bercakap dalam temu ramah dengan stesen televisyen tempatan TVB, Leung berkata kerajaannya akan terus berusaha untuk berunding dengan pemimpin pelajar tetapi tidak menolak kemungkinan menggunakan ‘kekerasan paling minimum’ bagi membersihkan kawasan terbabit.

Katanya, apa yang berlaku sejak beberapa minggu sebelum ini membuktikan betapa mudahnya untuk pihak terbabit menganjurkan bantahan secara beramai-ramai tetapi sukar untuk menghentikannya, memetik laporan BH Online.

“Tidak ada sesiapa kini dapat menentukan hala tuju dan kadar ia bergerak. Ia kini satu pergerakan yang sudah hilang kawalan,” katanya.

Leung menegaskan bahawa dalam situasi sekarang tidak ada peluang sama sekali bagi pemimpin China di Beijing mengubah keputusan yang dibuat Ogos lalu bagi mengehadkan demokrasi di Hong Kong.

Bekas jajahan British itu dijanjikan bahawa kebebasannya dilindungi di bawah formula ‘satu negara/dua sistem’, apabila Britain menyerahkan negara jajahannya itu balik kepada China 17 tahun lalu.

Beijing memutuskan hanya calon yang disaring oleh jawatankuasa pencalonan boleh bertanding dalam pilihan raya ketua eksekutif Hong Kong pada 2017. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

 

Tags: Hong Kongpenunjuk perasaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

Harga Petrol Di Hong Kong Cecah RM14 Seliter – Saifuddin Nasution

27/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan harga petrol negara lain jauh lebih mahal berbanding...

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

Pembantu Rumah Indonesia Maut Dalam Kebakaran Di Hong Kong Ketika Lindungi Bayi Majikan

12/12/2025
0

HONG KONG, 12 Dis – Seorang pembantu rumah warga Indonesia dilaporkan terkorban dalam kebakaran besar di Wang Fuk Court, Tai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd