• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja MAS Perlu Berubah Untuk Untung 2017

oleh Ahmad Albab
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 14,000 pekerja ‘baharu’ Malaysia Airlines (MAS), syarikat yang akan diwujudkan selepas penstrukturan semulanya, perlu melakukan anjakan paradigma dalam budaya kerja bagi memenuhi standard persaingan dalam industri penerbangan hari ini, kata bekas Menteri Pengangkutan, Tan Sri Ong Tee Keat.

Sambil berkata tidak ada yang kurangnya ‘dari segi kebijaksanaan’ dalam syarikat penerbangan yang bermasalah itu, ke arah memastikan kejayaan pelan penstrukturan semula, dengan MAS dijangkakan menghentikan perkhidmatan 6,000 pekerja yang akan dilatih semula dan diserap syarikat lain dalam Khazanah Nasional Bhd, pemegang saham majoriti MAS.

Tee Keat memuji penubuhan Pusat Penempatan Keluar yang akan mengendalikan isu-isu berkaitan proses pemberhentian, dengan berkata cara yang dilaksanakan oleh kerajaan ini dalam melindungi kebajikan 6,000 pekerja dan keluarga mereka dengan pengupayaan kemahiran dan kebolehperkerjaan sepenuhnya.

“Inilah sifat kemanusiaan Putrajaya, namun ini tidak bermakna 6,000 pekerja terbabit harus semata-mata bergantung kepada kerajaan. Mereka juga perlu berusaha sendiri,” katanya kepada Bernama.

Tee Keat berkata, pelan penstrukturan semula bagi memulihkan MAS supaya kembali mencatat keuntungan menjelang 2017 ‘agak sukar’ dan memerlukan syarikat penerbangan itu sendiri berusaha keras untuk merealisasikannya.

“Kedudukan sekarang sudah pasti sangat mencabar, terutama apabila anda bercakap mengenai kepulangan British Airways ke Malaysia, dan lebih banyak syarikat penerbangan asing beroperasi di sini.

“Dan, kita ada dasar langit terbuka dalam Asean yang akan dilaksanakan mulai tahun depan,” katanya.

Tee Keat berkata, beliau adalah antara yang terlibat dalam pematerian dasar langit terbuka semasa menjadi menteri pengangkutan dan Malaysia merupakan antara negara Asean pertama yang menerajui inisiatif itu yang bermatlamat bukan sahaja untuk menghubungkan ibu negara-ibu negara di Asia Tenggara, bahkan dengan bandar raya tahap kedua dengan baik sebelum 2015, apabila dasar itu dilaksanakan sepenuhnya.

“Namun, kini menerusi pelaksanaan dasar itu pada 2015, sudah pasti ia menjadi ujian sebenar kepada MAS, sama ada atau tidak ia dapat memperkukuh kelebihan kewujudan kita dari segi beberapa laluan udara, yang sudah pun disokong yang meliputi bandar raya bukan ibu negara, oleh MAS dan AirAsia,” katanya.

Tee Keat juga mengingatkan bahawa syarikat baharu (NewCo) yang akan mengambil alih MAS, tidak mempunyai masa yang panjang untuk ‘memanaskan diri’.

“Ia tidak boleh berlaku. Dan anda meletakkan diri anda dalam keadaan bahaya jika ia dilakukan. Anda perlu memaksa diri, berubah untuk mentransformasikan budaya, mengubah minda bagi melakukan anjakan paradigma,” katanya.

Pakar ekonomi terkemuka, Dr Yeah Kim Leng pula berkata, Pusat Penempatan Keluar itu merupakan ‘usaha yang sangat dipuji’ dalam menjaga kebajikan 6,000 pekerja yang akan diberhentikan, supaya ia hanya memberi impak sosioekonomi yang minimum, dan menambah ia juga tidak memberikan impak ekonomi yang ketara memandangkan Malaysia tidak berhadapan dengan keadaan pengangguran yang tinggi.

“Pasaran buruh agak ketat, keadaan semasa sebenarnya agak kondusif bagi penyusunan semula, terutama untuk mencari penempatan baharu bagi pekerja yang ditamatkan perkhidmatan.

“Syarikat penerbangan lain seperti AirAsia juga komited untuk mengambil beberapa petugas MAS. Oleh itu, keadaan agak kondusif untuk melaksanakan pengecilan dan pemberhentian yang membelenggu MAS sejak sekian lama,” kata Dr Yeah, Dekan Sekolah Perniagaan di Universiti Sains dan Teknologi Malaysia.

Beliau berkata, Khazanah sudah menyediakan pelan penstrukturan yang komprehensif, yang melibatkan bukan sahaja penyusunan semula kewangan, malah penstrukturan organisasi secara menyeluruh. Apa yang diperlukan sekarang ialah menyediakan pasukan pengurusan yang sangat kukuh, dengan mengutamakan kecekapan yang akan memastikan peluang kejayaan yang lebih besar. – BERNAMA

Tags: MASpekerja
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ayah Dan Anak Bakal Berlakon Bersama Buat Pertama Kali

Next Post

PAS Perak Tidak Setuju Pandangan Nik Mohamad Abduh

Related Posts

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

Tak Faham Pertuduhan Langgar Murid Sekolah Hingga Cedera, Mahkamah Tetapkan 21 November Sebut Semula Kes

28/10/2024
0

PORT DICKSON: Seorang pekerja pemasang khemah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

Next Post

PAS Perak Tidak Setuju Pandangan Nik Mohamad Abduh

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd