• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, November 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Mempunyai 3 Rekod Jenayah Cedera Ditembak

oleh Ahmad Albab
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang pekerja kilang yang mempunyai rekod jenayah cedera ditembak seorang lelaki yang menaiki sebuah kereta di Jalan Perusahaan Sungai Lokan, di sini hari ini.

Lelaki berusia 35 tahun yang mempunyai tiga rekod jenayah berkaitan samun dan bunuh itu ditembak ketika menunggang motosikal untuk ke tempat kerja pada pukul 8.55 pagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata lelaki itu dipercayai diekori suspek yang menaiki sebuah kereta sebelum diarah berhenti di tepi jalan.

“Dua das tembakan mengenai bahagian belakang badan mangsa dan dia kini dirawat di sebuah hospital di sini dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata polis menemukan dua kelongsong peluru jenis Thai Arms di tempat kejadian.

“Menurut mangsa, dia tidak mengenali lelaki yang menembaknya itu dan siasatan lanjut masih dijalankan termasuk menyiasat motif kejadian,” katanya.

Katanya usaha mengesan mereka terbabit kejadian itu sedang giat dijalankan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian itu menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: Jenayahkes tembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

Bukit Panchor Pernah Dikenal Pasti Kawasan Berisiko Jenayah – Fadhlina Sidek

20/10/2026
0

NIBONG TEBAL - Ahli Parlimen Nibong Tebal, Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata, Bukit Panchor pernah dikenal pasti sebagai kawasan berisiko...

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

Tembak Ala Mafia Jadi Normal Baharu, Menteri Dalam Negeri Diminta Letak Jawatan

06/01/2026
0

KUALA LUMPUR | 6 Januari 2026 — Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) mendakwa insiden tembak ala mafia yang semakin kerap...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd