• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai JPAM Kemuka Tuntutan Palsu Didenda RM5,000

oleh Ahmad Albab
03/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Seorang kakitangan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) didenda RM5,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini setelah mengaku bersalah mengemukakan tuntutan palsu berjumlah RM3,936 tahun lepas.

Mohd Faizal Zahri, 31, yang mengetuai JPAM Hulu Selangor didakwa mengemukakan tuntutan elaun latihan, tugas dan perjalanan yang mengandungi butiran palsu menggunakan nama ibunya, Hasnah Dollah, 53, yang juga merupakan sukarelawan jabatan berkenaan.

Anak kepada peneroka Felda itu didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Pertahanan Awam Hulu Selangor antara 5 April dan 5 Ogos 2013 dan didakwa mengikut Seksyen 417 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Datuk Noradidah Ahmad menjatuhkan hukuman denda RM5,000 ataupun tiga bulan penjara sekiranya tertuduh gagal membayar denda.

Dalam penghakimannya, hakim berkata selaku penjawat awam, tertuduh seharusnya lebih berintegriti dalam mengendalikan sebarang bentuk tuntutan sebab matlamat tidak dapat menghalalkan cara.

Terdahulu, peguam tertuduh, Ridha Abdah Subri dalam rayuan mitigasi memohon mahkamah mengenakan bon berkelakuan baik ke atas anak guamnya mengikut Seksyen 294 Kanun Tatacara Jenayah sebab anak guamnya kesal dengan kesalahan yang dilakukan.

Katanya, Mohd Faizal yang mula berkhidmat dengan JPAM pada 2007 juga memulangkan balik duit tuntutan palsu yang dimasukkan ke akaun bank milik ibunya itu.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Mohd Heikal Ismail membantah hujah berkenaan dan berkata mahkamah seharusnya menjatuhkan hukuman setimpal ke atas tertuduh sebab mengemukakan tuntutan bagi tugasan yang tidak pernah dilaksanakan ibunya selaku sukarelawan JPAM sejak 2012. – BERNAMA

 

Tags: dendaJPAM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd