• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegarah Urusan Syarikat Didenda RM20,000

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Seorang pengarah urusan sebuah syarikat didenda RM20,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan memperdaya Jawatankuasa Penswastaan Jabatan Ketua Menteri Melaka dengan mengemukakan Sijil Kementerian Kewangan palsu bagi mendapatkan projek di negeri itu enam tahun lepas.

Datuk Ridzuan Oon Abdullah, 58, didakwa memperdaya jawatankuasa berkenaan dengan Sijil Kementerian Kewangan No. 135767 bagi mendapatkan kerja-kerja pengesanan utiliti bawah tanah, pemetaan, penyelenggaraan, pemantauan dan penyelarasan koridor infrastruktur utiliti negeri Melaka walaupun mengetahui sijil yang digunakan dalam kertas cadangan itu adalah palsu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di pejabat Unit Perancangan Ekonomi Negeri Melaka di sini pada 13 Jun 2008 mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan (Akta 574) dan boleh dihukum menurut Seksyen 465 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim Amran Jantan kemudian menjatuhi hukuman denda RM20,000 atau penjara enam bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Mohammed Heikal Ismail manakala tertuduh tidak diwakili peguam. – BERNAMA

Tags: dendaPengarah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

Netizen Pertikai Denda AFC Terhadap JDT

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Tindakan Jawatankuasa Etika dan Tatatertib AFC mengenakan denda AS$7,000 (RM27,700) terhadap Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas tujuh...

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

AFC Denda Al-Ahli RM27,700 Lewat Kembali ke Padang Ketika Menentang JDT, Ali Majrashi Digantung Tiga Perlawanan

22/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Liga Juara-Juara AFC Elit (ACLE), Al-Ahli dikenakan denda oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd