• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pasukan Keselamatan Dihantar Pantau Perairan Utara Sabah

oleh Ahmad Albab
16/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Polis Diraja Malaysia telah menggerakkan anggota ke bahagian utara Sabah khususnya di perairan kawasan sempadan berikutan kejadian tembakan di perairan Kudat semalam.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata pihak Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) juga dimaklumkan untuk mengerakkan aset mereka termasuk Polis Marin, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Perkara ini dilakukan setelah dua awak-awak sebuah bot nelayan Vietnam dilaporan cedera ditembak dipercayai oleh sekumpulan perompak dari Filipina yang mahu merompak bot itu.

Nelayan berkenaan yang bekerja dengan majikan tempatan dikatakan berada dalam kawasan perairan Filipina, iaitu 20 batu nautika di timur Pulau Banggi dan 50 batu nautika dari Pulau Kagayan, Filipina.

Namun beliau memberitahu pemberita belum dapat dipastikan pihak sebenar yang melepaskan tembakan.

Jalaluddin berkata perkara itu akan turut dirujuk kepada pihak Konsulat Filipina serta laporan akan dibuat untuk dihantar kepada pihak Interpol serta kerajaan Malaysia dan Filipina.

Beliau sebelum itu menyaksikan acara serah terima tugas jawatan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Sabah antara Supt Saiman Kasran dan DSP Md Razif Alang Mat Jaya.

Md Razif yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah akan menggantikan Saiman yang akan bertukar ke Maktab Polis Diraja Malaysia, Kuala Lumpur. – BERNAMA

Tags: Esscom
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

ESSCOM Rekod Sifar Penculikan Sejak 2020

07/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Kawasan Keselamatan Pantai Timur Sabah (ESSCOM) mengekalkan rekod sifar penculikan untuk wang tebusan sejak 2020 hingga kini. IKUTI...

ESSCOM Keluar Senarai 21 Penjenayah Dikehendaki

06/01/2021
0

LAHAD DATU - Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) mengeluarkan senarai terkini 21 penjenayah rentas sempadan dikehendaki di Zon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd