Sunday, April 28, 2024

Creating liberating content

Vaksin Mampu Tangani Penularan...

DAKAR - Kementerian Kesihatan Republik Demokratik Congo (Congo) berkata, virus Ebola yang menyerang...

DAP Bakal Guna Perpecahan...

KUALA LUMPUR - Umat Islam negara ini diingatkan supaya berhati-hati dengan strategi licik...

Elly Dedah Faye, Azmi...

PENYANYI Elly Mazlein menerusi laman Instagramnya memaklumkan bekas suaminya, Azmi Hatta yang juga...

4 Pelajar Kolej Dihukum...

PUTRAJAYA - Mahkamah Persekutuan hari ini mengekalkan sabitan dan hukuman mati ke atas...

PAS Belum Nampak Matlamat Jelas Pasma – Hadi

KUALA TERENGGANU – Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata penubuhan Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (Pasma) adalah di luar pengetahuan pihaknya dan beliau sendiri masih kabur dengan matlamat penubuhan badan bukan kerajaan (NGO) itu.

“Kita tak tahu lagi, kita pun tak tahu itu Pasma ini dari spesies mana,” katanya kepada pemberita selepas membuat penggulungan serta menutup Seminar Sambutan Hari Hududullah Peringkat Negeri Terengganu di sini pada Ahad.

Beliau turut membidas Pasma yang mempertikaikan keputusan Majlis Syura Ulama (MSU) Pas berhubung larangan ke atas ahli parti itu menyertai pertubuhan tersebut.

Beliau berkata tindakan MSU berhubung perkara itu kerana wujud aduan di negeri-negeri mengenai salah laku anggota pertubuhan terbabit termasuk berkempen kepada ahli Pas supaya jangan menghadiri mesyuarat peringkat cawangan parti berkenaan.


Beliau mengulas isu pertembungan antara MSU Pas dengan Pasma yang semakin serius berikutan kenyataan Presiden Pasma Datuk Phahrolrazi Zawawi bahawa majlis tersebut tidak berhak melarang ahli PAS menghadiri program Pasma.

Pada Sabtu, Phahrolrazi berkata MSU tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk berbuat demikian kerana ia di bawah bidang kuasa Jawatankuasa Kerja Pas Pusat. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori