• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 31, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Parti Sekular Raih Lebih Sokongan Dalam Pilihan Raya Tunisia

oleh Ahmad Albab
30/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUNIS – Parti sekular Nida Tunis memperoleh lebih banyak kerusi dalam pilihan raya Parlimen Tunisia, Ahad lalu, mengatasi parti Islam Ennahda.

Suruhanjaya Pilihan Raya ISIE memberitahu satu sidang akhbar, Nida Tunis menang 85 daripada 217 kerusi Parlime, diikuti Ennahda memperoleh 69 kerusi.

Bagaimanapun, tiada satu pun daripada dua parti berkenaan dijangka menang majoriti jelas, menyebabkan berlaku tawar-menawar antara ahli politik menjelang pengumuman penuh keputusan pilihan raya itu.

Ennahda adalah parti dominan dalam politik Tunisia sejak revolusi 2011, dipuji kerana menerima keputusan itu dengan tenang.

Ennahda, yang memimpin negara Afrika Utara itu berikutan revolusi berkenaan, mengucapkan tahniah kepada Nida Tunis kerana berjaya menjadi parti terbesar di Parlimen pertama yang dipilih selepas revolusi.

Parti itu menyeru ahlinya supaya meraikan demokrasi dan beratus-ratus penyokongnya berhimpun di pekarangan luar ibu pejabatnya di Tunis walaupun tidak menang besar dalam pilihan raya.

“Kami gembira kerana Ennahda mampu membawa Tunisia ke peringkat ini berikutan revolusi beberapa tahun lalu,” kata Abdelhamid Jelassi, Koordinator Nasional parti berkenaan.

Rakyat Tunisia berharap pilihan raya itu dan pilihan raya presiden pada 23 November depan akan memberi kestabilan kepada negara berkenaan, hampir empat tahun selepas revolusi 2011 yang menggulingkan Presiden Zine El Abidine Ben Ali. – AFP

Tags: Pilihan Raya
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Art For Homeless Untuk Martabat Seni Jalanan Malaysia

Next Post

DAP Didakwa Punca Penularan Fitnah Di FB

Related Posts

PM Gay Pertama Ireland, Buat Kejutan Letak Jawatan

Prabowo Menang Jawatan Presiden Indonesia – Suruhanjaya Pilihan Raya

21/03/2024
0

JAKARTA: Prabowo Subianto dipilih sebagai presiden negara demokrasi ketiga terbesar di dunia, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya Umum Indonesia (KPU) sekali...

Warga Asing Dominasi Bekalan Sayur: Perlu Tindakan Menyeluruh

Rakyat Indonesia Bantah Keputusan Pilihan Raya, Dakwa Ada Penipuan

19/03/2024
0

JAKARTA - Pilihan Raya Indonesia (Pilpres) sudah berakhir, namun muncul pula bantahan menentang keputusan tidak rasmi yang dilihat 'seperti tidak...

Next Post

DAP Didakwa Punca Penularan Fitnah Di FB

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd