• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Jumpa Kedah Pada Separuh Akhir Piala Malaysia

oleh Ahmad Albab
12/10/2014
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Juara bertahan, Pahang mengesahkan slot ke separuh akhir Piala Malaysia 2014 selepas meraih kemenangan agregat 3-2 ke atas Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Pahang, yang terikat seri 1-1 dengan PDRM pada suku akhir pertama di Kuantan, 3 Okt lepas, bangkit daripada ketinggalan satu gol sebelum menang 2-1 pada aksi timbal balik di Stadium Shah Alam, malam Sabtu.

Kemenangan itu menyaksikan skuad ‘Tok Gajah’ kendalian Zainal Abidin Hassan bakal membuat perhitungan separuh akhir dengan Kedah yang menang agregat 4-3 ke atas Kelantan dalam satu lagi aksi suku akhir, semalam.

Pertemuan Pahang dan Kedah akan berlangsung secara timbal balik iaitu di Stadium Darul Aman pada 19 Okt disusuli aksi kedua di Stadium Darul Makmur, lima hari kemudian.

Pada aksi malam ini, kedua-dua pasukan terus menyerang ke kubu pertahanan masing-masing sebaik sahaja pengadil, Mohd Nafeez Abd Wahab meniupkan wisel.

Nasib nyata lebih menyebelahi PDRM yang berada di hadapan pada minit ke-18 menerusi Mohd Fauzi Abd Majid yang bijak menanduk masuk sepakan percuma oleh Ashfaq Ali.

Tersentak dengan gol tersebut, Pahang kembali memperkemas jentera serangan bagi mencari gol penyamaan namun gagal menembusi kekebalan benteng pertahanan PDRM yang dikawal oleh kapten pasukan, Mohd Muslim Ahmad dan keputusan itu kekal sehingga berakhirnya babak pertama.

Bersambung babak kedua, Pahang menggandakan asakan bagi mencari gol penyamaan dan mereka berjaya mengikat kedudukan menerusi tandukan Zeshan Rehman hasil sepakan penjuru Azamuddin Mohd Akil pada minit ke-77.

Skuad ‘Tok Gajah’ kemudian ditimpa malang selepas pemain pertahanan mereka, Damion Delano Stewart diperintahkan keluar padang oleh Mohd Nafeez selepas mengutip kad kuning kedua pada minit ke-83.

Beraksi dengan 10 pemain nyata tidak menjejaskan aksi Pahang yang berjaya meraih gol kemenangan hasil jaringan pemain gantian, Mohd Fauzi Rozlan pada minit ke-90.

Semalam, naib juara Liga Perdana, Felda United FC layak ke separuh akhir selepas menang agregat 7-3 ke atas Selangor, dijadual menentang pemenang perlawanan antara Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Terengganu.

Perlawanan suku akhir kedua antara JDT dan Terengganu bakal berlangsung di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada 16 Okt ini.

Sebagai rekod, kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada aksi pertama di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, 3 Okt lepas. – BERNAMA

Tags: Piala MalaysiaSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

JDT Tanpa Kalah 25 Perlawanan Piala Malaysia, Sasar Final Lagi

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Johor Darul Ta'zim (JDT) terus membuktikan dominasi apabila mencatat rekod tanpa kalah dalam 25 perlawanan Piala Malaysia...

Perkhidmatan PERKESO Tidak Terjejas Berikutan Serangan Siber

Padang Rosak Stadium Nasional Tak Banyak Berubah

08/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Keadaan padang di Stadium Nasional, Bukit Jalil tampak tidak banyak berubah ketika aksi final Piala Malaysia antara Johor...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd