• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Nik Ahmad Farhan Juara Da’i Musim Kedua

oleh Ahmad Albab
19/10/2014
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Da’i Farhan muncul sebagai juara pertandingan peringkat akhir program Da’i musim kedua yang berlangsung di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral di sini pada Jumaat malam.

Kemenangan Farhan atau nama sebenarnya Nik Ahmad Farhan Nik Mohamad, 24, berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 berserta hadiah sampingan lain.

Manakala dua lagi peserta yang berjaya ke peringkat akhir iaitu Da’i Ammar dan Da’i Izzhar terpaksa berpuas hati dengan hadiah saguhati berupa wang tunai RM5,000 setiap seorang dan hadiah sampingan.

Penilaian pada peringkat akhir itu dilakukan oleh tiga juri tetap iaitu Zainal Ariffin, Sharhan Safie dan Harryanto Rizal Rokman.

Manakala Datuk Siti Nor Bahyah muncul sebagai juri jemputan.

Farhan yang berasal dari Tanah Merah, Kelantan ketika ditemui berkata, dia tidak menyangka dengan kemenangan tersebut dan menyifatkan ia sebagai rezeki daripada Allah.

“Ilmu yang saya dapat sepanjang berada dalam program ini sudah cukup besar ertinya kepada saya apatah lagi kemenangan pada malam ini.

“Ini adalah rezeki daripada Allah dan berkat doa kedua ibu bapa, keluarga dan penyokong,” ujarnya.

Pertandingan akhir itu dimulakan dengan alunan merdu para finalis mempersembahkan bacaan lagu Asmaul Husna.

Ia dihoskan oleh Datuk Rosyam Nor.

Tiga finalis tersebut diuji dengan tiga segmen iaitu menyampaikan tazkirah selama empat minit menerusi soalan dilontarkan oleh selebriti jemputan seperti Beego, Fattah Amin, Amar dan Issey.

Manakala pada segmen kedua mereka perlu menjawab lima soalan daripada juri dan seterusnya tazkirah selama tiga minit secara spontan.

Acara pada malam itu turut diserikan dengan kehadiran juara Da’i musim pertama, Nor Abidah Rozain yang menyampaikan tazkirah istimewa dan persembahan nasyid daripada Azhari (Nowseeheart) dan kumpulan Algebra. – mStar Online

Tags: Da'itv3
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

AJL 37 Rekod 5.4 Juta Penonton

15/02/2023
0

KUALA LUMPUR : Anugerah Juara Lagu (AJL) Ke-37 yang mengangkat single Terus Hidup ciptaan dan dendangan Aina Abdul sebagai Juara...

Da’i Syed Lunas Ikat Jamin RM35,000

15/12/2020
0

SHAH ALAM - Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful atau dikenali ramai sebagai Da’i Syed hari ini dibebaskan selepas melunaskan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd