Thursday, June 20, 2024

Creating liberating content

Bimbang Situasi Covid-19, Agong...

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari...

MTUC Bantah Polis Tahan...

KUALA LUMPUR - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) mendakwa seramai 11 ahli Kesatuan...

Pengeluaran IC Haram Kerana...

KOTA KINABALU -- Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang asing tanpa...

Lagu ‘Fighter’ Lonjak Semangat...

GOLD COAST — Kekecewaan gimnas negara, Amy Kwan pada edisi lepas di Glasgow,...

Nasrudin Nafi Sediakan Tiket Bola Free Untuk Penyokong Pahang

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Temerloh, Nasrudin Hassan menafikan beliau menawarkan tiket percuma dan menyediakan pengangkutan percuma kepada penyokong Pahang ke Stadium Bukit Jalil bagi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Malaysia 2014.

Sehubungan itu, beliau membuat laporan polis terhadap pemilik akaun Facebook Azamuddin Azim kerana menyebarkan perkara itu melalui media sosial pada 29 Oktober lalu.

“Sejak semalam saya dihujani panggilan telefon, mesej dan WhatsApp yang tidak putus-putus dari sekitar Temerloh, Pahang dan luar mahukan tiket percuma berkenaan.

“Fitnah ini bukanlah kali pertama disiarkan individu berkenaan. Pada 25 Jun lalu juga pemilik akaun tersebut telah menggunakan kaedah yang sama mengiklankan kononnya Ahli Parlimen Temerloh akan mengagihkan benih ikan sangkar dan turut memaparkan nombor telefon saya,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Temerloh hari ini.


Nasrudin turut meminta bahagian jenayah komersial polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menyiasat dan mengambil tindakan terhadap pemilik akaun berkenaan.

“Kita tidak ada kuota tiket perlawanan antara Pahang menentang Johor Darul Takzim (JDT). Saya percaya individu itu berniat menjatuhkan reputasi saya sebagai Ahli Parlimen,” katanya. – mynewshub.cc

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori