Friday, July 19, 2024

Creating liberating content

Baru Bian Terkejut Pejabat...

KUCHING – Anggota Parlimen Selangau, Baru Bian terkejut dan kecewa selepas diberitahu Pejabat...

Petronas Agih Bekalan Mentah...

KOTA BAHARU - Petronas mengagihkan bekalan mentah bernilai RM100,000 untuk kegunaan mangsa banjir...

Aidilfitri: Syarikat Diminta Tambah...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pengangkutan meminta syarikat-syarikat penerbangan menambah bilangan penerbangan domestik khususnya...

SPRM Tubuh J/kuasa Pastikan...

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menubuhkan Jawantakuasa Integriti Pengurusan Dana dan...

Najib: Projek eRezeki Kumpulan Rakyat B40 Tambah Pendapatan

PUTRAJAYA – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan projek eRezeki bagi rakyat Malaysia dalam kumpulan 40 peratus terendah (B40) dalam piramid pendapatan, kepada pendapatan domestik dan global.

“eRezeki akan dilaksanakan merentas pelbagai Pusat Kerja Digital. Ia boleh dalam bentuk Pusat Transformasi Bandar, Pusat Transformasi Luar Bandar, Kolej-kolej Komuniti dan masjid, bagi memberi impak ke atas isi rumah berpendapatan rendah di bandar dan luar bandar,” katanya semasa menutup mesyuarat Majlis Pelaksanaan MSC Malaysia ke-26 di sini hari ini.

Perdana Menteri berkata projek itu termasuk siri program-program Keupayaan Digital, yang akan melatih dan memadankan 400,000 anggota masyarakat B40 dengan keupayaan untuk menjalankan tugasan mikro daripada sumber domestik dan asing supaya mereka boleh memperoleh pendapatan tahunan tambahan pada purata RM6,000 menjelang 2020.

Beliau berkata bagi menjayakan janji kerajaan mengutamakan rakyat dalam  penyampaian perkhidmatan, kerajaan meluluskan inisiatif Transformasi Kerajaan Digital yang akan mengerakkan perbatasan baharu penyampaian perkhidmatan secara dalam talian, infrastruktur telekomunikasi dan pembangunan modal insan.

 “Yang penting ialah anjakan daripada penarafan dalaman berasaskan penyedia semasa kepada penilaian berasaskan pengguna yang bertumpukan kepada kepuasan rakyat.
    
“Untuk itu, kerajaan memutuskan bahawa sebahagian daripada data sulit kerajaan akan dibuka kepada orang ramai,” katanya.

Najib berkata bagi merangsang pertumbuhan dalam ekonomi Digital Malaysia, pembangunan dan promosi hab teknologi dalam industri teknologi maklumat dan komunikasi negara, perlu ditingkatkan.

Oleh itu, beliau berkata kerajaan meluluskan beberapa keputusan untuk membantu memperkukuh kelebihan MSC Malaysia dalam bidang pengkhususannya.

Beliau berkata MSC bertanggungjawab menjadikan Malaysia sebagai hab perkhidmatan kandungan dan awan, dengan mewujudkan hab data trafik.


“Ini akan dilakukan dengan memanfaatkan ekosistem pusat data di Cyberjaya, gerbang perhubungan data antarabangsa di Cherating dan Mersing, dan mewujudkan kelompok perkhidmatan dan kandungan awan yang baharu di Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri berkata untuk itu kerajaan akan membuat pelaburan dalam meluluskan gerbang perhubungan data antarabangsa dan akan menimbangkannya sebagai projek keutamaan,” kata Najib.

Selain itu katanya bagi menjadikan Malaysia sebagai hab permainan dan media  interaktif serantau, beberapa tindakan akan diambil, termasuk menarik syarikat utama memberi perkhidmatan sebagai pemacu industri, membangunkan keupayaan dan kapasiti permainan tempatan dan meningkatkan akses pasaran global menerusi platform penerbitan.

Najib berkata kerajaan akan menyokong penubuhan badan penyelaras sehenti bagi merangsang pembangunan Kandungan Malaysia.

“Ini akan membantu kami merealisasikan potensi golongan muda kita ke arah “menjual” bakat kreatif mereka,” katanya.

Susulan usaha yang dijalankan pada 2013, Najib berkata bagi merealisasikan peluang dalam Data Analitis Besar (BDA), Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan melaksanakan tiga projek berimpak tinggi dalam pembangunan bakat.

Ini bakal menyaksikan penubuhan Institut Data Sains Asia dengan usaha sama universiti utama dunia seperti Carnegie Mellon, pembukaan Data Terbuka Kerajaan menerusi data.gov.my serta penubuhan Pusat Inovasi Kecemerlangan BDA yang diketuai sektor swasta bagi melahirkan bakat Malaysia dalam sains data dan memacu penggunaan dan pertumbuhan BDA dalam negara. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori