• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MyTeksi, Aplikasi Pencegahan Jenayah Babitkan Pemandu Teksi

oleh Ahmad Albab
15/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – MyTeksi, sistem aplikasi pencegahan jenayah, dilancarkan hari ini bagi membolehkan penglibatan pemandu teksi bertindak sebagai mata dan telinga polis dalam menangani jenayah.

Menerusi aplikasi itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah menyediakan latihan dan taklimat kepada 500 pemandu teksi di ibu kota baru-baru ini, dan mereka akan  menjadi penghubung antara masyarakat dan PDRM dalam memelihara keselamatan awam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pelancaran aplikasi itu merupakan inisiatif dirangka melalui program Strategi Lautan Biru Kebangsaan Ketujuh (NBOS7) bersama-sama dengan pemandu-pemandu teksi.

Menurutnya, aplikasi MyTeksi boleh dimuat turun menerusi telefon pintar, selain boleh membantu penumpang mendapatkan perkhidmatan teksi, ia juga memudahkan pemandu teksi menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) terdekat di Lembah Klang apabila berlaku sesuatu insiden jenayah atau kemalangan.

“Pemandu teksi yang terlibat telah diberi pendedahan daripada aspek-aspek keselamatan melalui sesi taklimat dan penerangan bagi membantu mereka memahami tanggungjawab dan peranan mereka,” katanya pada majlis pelancaran Kolaborasi Strategik PDRM bersama MyTeksi di Dewan Theatrette Bukit Aman, di sini, hari ini.

“Saya diberitahu terdapat lebih 10,000 ahli syarikat MyTeksi di Lembah Klang dan berharap semua mereka boleh diberikan latihan berhubung aplikasi ini secara berperingkat,” kata Khalid.

Sementara itu, Pengurus Besar Syarikat MyTeksi, Adelene Foo berkata sistem aplikasi yang diperkenalkan kepada pemandu teksi itu juga boleh membantu orang awam untuk melaporkan apa sahaja kemalangan atau insiden jenayah yang berlaku.

“Selain itu, fungsi butang ‘Lapor kepada PDRM’ dalam aplikasi MyTeksi itu juga dapat membantu keselamatan pemandu teksi yang mengambil antara 10 hingga 15 tempahan teksi dalam satu hari.

“Dengan butang ini, pemandu teksi akan rasa lebih selamat ketika mengambil penumpang-penumpang yang tidak dikenali, pemandu MyTeksi boleh membuat laporan kepada PDRM dengan hanya dua klik di dalam aplikasi tersebut,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun. – BERNAMA

Tags: Teksi
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Teksi Boleh Bawa Penumpang Antara Singapura – Johor Bahru

01/05/2022
0

SINGAPURA : Mulai hari ini, penumpang yang menyeberangi Tambak Johor boleh mendapatkan khidmat sehingga 240 teksi yang dibenarkan untuk membawa...

Tiada Arahan Larang Teksi, e-Hailing Rentas Daerah, Negeri

21/01/2021
0

PUTRAJAYA - Kerajaan tidak mengeluarkan arahan menghentikan operasi perkhidmatan teksi, kereta sewa dan e-hailing untuk perjalanan rentas daerah dan negeri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd