• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Militan IS Mara Ke Bandar Sempadan Turki

oleh Ahmad Albab
01/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria semakin menghampiri bandar Kobane yang terletak berhampiran sempadan Turki walaupun tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan udara terhadap kedudukan kumpulan itu sejak beberapa hari lalu.

Turki yang juga anggota Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) telah mengerahkan kereta kebal ke sempadan Syria dan parlimen negara itu juga akan membincangkan kemungkinan menyertai tentera bersekutu bagi memerangi IS.

Badan Pemantau Hak Asasi Manusia di Syria berkata, militan IS masih meneruskan kemaraan dan kini berada hampir lima kilometer dari bandar Kobane yang diduduki penduduk Kurdis walaupun tentera bersekutu terus melancarkan serangan udara terhadap mereka.

Kata badan itu lagi, kumpulan itu semakin menghampiri Kobane selepas melancarkan serangan hampir dua minggu lalu sekali gus menyebabkan beribu-ribu penduduk melarikan diri ke sempadan Turki.

Militan IS turut melancarkan sekurang-kurangnya 15 bedilan roket yang mengenai tengah Kobane menyebabkan seorang maut manakala beberapa serangan roket tersasar sehingga ke sempadan.

Sementara itu, tentera Turki dilihat mula menghantar kereta kebal dan kereta perisai di bandar Mursitpinar di sempadan Syria selepas peluru sesat serta beberapa serangan mortar mengenai kampung berhampiran.

Speaker Parlimen Turki, Cemil Cicek dilaporkan berkata, satu usul yang mencadangkan Turki menyertai tentera bersekutu mungkin dicadangkan oleh ahli parlimen semalam.

Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu berkata, usul itu akan didebatkan esok.

Ankara sebelum ini enggan menyertai tentera bersekutu selepas berpuluh-puluh rakyatnya termasuk diplomat dan kanak-kanak dijadikan tebusan oleh IS selepas mereka diculik di Iraq. – AFP

 

Tags: MilitanTurki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

Turkiye Tahan Lebih 100 Anggota Militan Daesh

30/08/2024
0

ISTANBUL - Pihak berkuasa Turkiye menahan lebih 100 anggota disyaki militan Daesh pada minggu ini yang dianggap penahanan terbesar terbaharu...

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

Polis Sentiasa Pantau Bekas Militan, Anggota Terancang

18/05/2024
0

JOHOR BAHRU - Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi jaminan tahap keselamatan terkawal dengan pemantauan sentiasa dilakukan ke atas bekas anggota...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd