• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH370: Malaysia Perlu Satelit Orbit Rendah

oleh Ahmad Albab
28/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia disaran mempunyai sistem Satelit Orbit Rendah bagi tujuan pemantauan dan mengesan frekuensi komunikasi berikutan tragedi misteri kehilangan pesawat MH370 pada 8 Mac lalu.

Operator satelit negara, MEASAT Satellite Systems Sdn Bhd berkata satelit jenis itu dilihat perlu kerana ia boleh menjadi ‘mata’ dan ‘telinga’ negara di angkasa.

Timbalan Presiden Kejuruteraan dan Operasi MEASAT, Zainudin Abdul Abdul) berkata satelit itu, yang berada bawah 300 km dari bumi, mempunyai sistem kamera beresolusi tinggi untuk pengambilan gambar yang lebih terang dan jelas tanpa halangan daripada atmosfera bumi sama ada di udara atau maritim negara.

Manakala sistem pengesan frekuensi radio juga boleh mengesan atau menghantar isyarat yang lebih jelas kepada mana-mana kapal udara dan laut, katanya.

“Dalam konteks ini pengawasan dan pengesanan adalah dua teknologi yang perlu ada pada satelit di bumi dan angkasa lepas kerana ia boleh mengambil gambar secara serentak di seluruh permukaan bumi,” katanya ketika ditemui Bernama.

Pada 8 Mac 2014, penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan setelah kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada 12.41 tengah malam.

Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.

Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.

Menurut Zainudin, apabila satelit berada di kawasan orbit yang rendah, maka gambar yang diambil lebih jelas tetapi sudut pandangannya lebih kecil sedangkan bumi kita luas.

“Kalau satelit diletakkan pada orbit tinggi, kita akan dapat melihat seluruh permukaan bumi tetapi gambarnya ketika itu kurang jelas disebabkan ketinggiannya,” katanya.

Katanya untuk mengambil gambar yang terang di seluruh permukaan bumi memerlukan satelit yang banyak dan perlu membuat pengawasan secara berterusan.

Zainudin berkata Malaysia kini mempunyai enam satelit tetapi kesemuanya bukan jenis Satelit Orbit Rendah.

Katanya Amerika Syarikat dan beberapa negara Eropah merupakan syarikat pengeluar satelit jenis itu.

Zainuddin berkata keperluan itu juga sejajar dengan hasrat Malaysia yang sebelum ini mahukan pelaksanaan sistem pengesanan masa nyata pesawat dan berkongsi maklumat berhubung risiko penerbangan.

Hasrat itu dinyatakan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai pada 25 Okt lepas, dan Malaysia akan kemukakannya termasuk beberapa perkara lain kepada Majlis Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) yang akan bermesyuarat di Kanada minggu depan.

Sesi ke-203 Majlis ICAO dijadual berlangsung di bandar raya Montreal di Kanada. – BERNAMA

Tags: MH370SATELIT
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

Mahkamah China Arah Malaysia Airlines Bayar Pampasan RM1.9 Juta Setiap Keluarga Bagi Lapan Kes MH370

08/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Selepas lebih 11 tahun tragedi kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 berlaku, mahkamah di Beijing akhirnya mengarahkan Malaysia...

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

MH370: 11 Tahun Berlalu, Mungkinkah Misteri Terungkai?

08/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Hari ini, genap 11 tahun pesawat Malaysia Airlines MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 kru hilang ketika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd