• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 16, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH17: Jasad Shaliza Zaini Dewa Bakal Dibawa Pulang

oleh AK-47
12/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur: Jasad seorang lagi warga Malaysia, yang terkorban dalam tragedi MH17 dikenal pasti sebagai Shaliza Zaini Dewa, menurut Kementerian Pengangkutan hari ini.

Allahyarham Shaliza Zaini, 45, adalah antara 298 orang yang terbunuh bila pesawat MAS Penerbangan MH17 jatuh di bahagian timur Ukraine pada 17 ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. Pesawat itu ditembak jatuh di negara bergolak itu.

 Beliau terkorban bersama suaminya Hans van den Hende dan anak-anak mereka – Australians Piers, 15; Marnix, 12; dan Margaux van den Hende, 8.

Mereka dalam perjalanan pulang dari percutian di Amsterdam dan sepatutnya merayakan Aidilfitri bersama keluarga mereka di Kajang, Selangor, sebelum balik ke Melbourne. Mereka menetap di sana.

Menteri Pengangkuktan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam satu kenyataan berkata, sehingga kini, jasad 43 warga Malaysia telah dikenal pasti daripada sejumlah 44 orang dalam MH17.

“Dalam waktu penuh ujian ini, keluarga penumpang dan kru MH17 terus menjadi keutamaan kami,” kata Liow.

Mengulas laporan berita mengenai topeng oksigen yang ditemui di leher seorang mangsa, Liow berkata pengesahan seterusnya diperlukan daripada pasukan Malaysia di Netherlands oleh kerana siasatan dijalankan pihak berkuasa Belanda.

“Spekulasi tidak wajar berhubung implikasi di sebalik topeng oksigen itu tidak perlu timbul, hinggalah penyiasat telah menyelesaikan siasatan mereka di tapak nahas,” kata beliau.

Beliau berkata, keluarga mangsa perlu diutamakan bila sebarang maklumat disiarkan.
– Bernama

Tags: MASMH17
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

Tepuk Punggung Pramugari – Pelancong China Diheret Keluar Dari Kapal Terbang MAS

09/04/2026
0

8 April: Seorang pelancong dari China diturunkan dari penerbangan Malaysia Airlines selepas menepuk punggung seorang pramugari. Dia malah berkata, “Hubungan...

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

Satu Lagi Pesawat MAS Terpaksa Berpatah Balik

02/09/2024
0

PUTRAJAYA - Sebuah lagi pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) ke Seoul, Korea Selatan dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga terpaksa berpatah balik...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd