• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MH 17: Trauma Memikirkan Suami Terbaring Di Bilik Mayat

oleh AK-47
02/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BALU kepada Robert Ayley, 29  mangsa nahas tragedi pesawat MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine, mengakui dirinya trauma memikirkan suaminya berada di bilik mayat di sebuah negara asing yang lokasi entah di mana.

Memetik artikel di portal Awani, Sharlene Ayley berkata, ketika kejadian Robert baru sahaja selesai berbual dengannya di Facebook sebelum pesawat tersebut berlepas.

Beliau menceritakan mengenai detik awal ketika dirinya menerima berita menimpa suaminya kepada laman portal antarabangsa, The New Zealand Herald.

Sharlene berkata,  sedikit pun Sharlene tidak menyangka bahawa itu adalah perbualan terakhir dirinya dan suami.

Beliau menerima pengesahan bahawa suaminya adalah salah seorang mangsa yang terlibat di dalam pesawat Malaysia Airlines Boeing 777-200ER, 12 jam selepas mereka berbual di Facebook.

mh 17 sharlyne

Temubual Sharlene dengan portal berita tersebut merupakan yang pertama sejak tragedi malang berlaku kepada keluarganya pada 17 Julai.

“Selepas dimaklumkan mengenai kejadian tersebut, saya mula tertunggu-tunggu maklumat mengenai Robert, kemudian pada tengah malam pintu rumah saya diketuk.

“Saya turun ke bawah dan mendapati adik perempuan saya dan suaminya bersama seorang pegawai polis di hadapan pintu. Dari situ saya dah tahu. Saya mula meraung dan menangis semahu-mahunya. Dan di situ juga satu penantian bermula…. menanti jenazah tiba dan majlis pengebumian,” katanya.

Sharlene mengakui yang dirinya mengalami serangan emosi yang tidak menentu, lebih-lebih lagi apabila mendapat pengesahan mengenai kematian suaminya.

“Adalah sangat trauma apabila memikirkan bahawa mayat suami saya berada di satu tempat yang jauh entah di mana dan terbaring di rumah mayat. Susah untuk saya menerimanya” katanya.

Fasa yang paling sukar adalah saat mengucapkan selamat tinggal kepada Robert pada majlis pengebumian.

Temubual tersebut turut menyatakan bahawa bagaimana anak-anak mereka, Seth, 4 dan Taylor, 2 merupakan kekuatannya untuk meneruskan hidup tanpa Robert di sisi.

“Anak-anak saya banyak membantu ketika saya rasakan dunia seolah-olah telah musnah. Namun saya sedar saya tidak boleh terus bersedih, anak-anak turut bergantung kepada saya untuk teruskan hidup. Apa yang saya lakukan ialah memberi mereka semangat dan dalam masa yang sama ia bagai motivasi kepada diri saya,” kata Sharlene.

Sharlene turut memberitahu bahawa dia akan terus mengenang pemergian Robert sebagai seorang bapa dan suami yang terbaik.

“Saya dan anak-anak akan terus melihat foto-foto Robert dan akan terus bercerita mengenai betapa ayah sayangkan mereka, bagaimana dia selalu menghabiskan masa bermain dengan mereka dan membaca bersama,”katanya.

Pesawat MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal ditembak jatuh pada 17 Julai lepas di wilayah Donetsk, bahagian timur Ukraine ketika dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur. :-MYNEWSHUB.CC

Oleh: SYA

Tags: Mangsa
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

8 Bahasa Tamil Yang Sering Kita Ungkap Dalam Pertuturan Harian

Next Post

Sindiket Ecstasy Sabah Tumpas, Dadah Bernilai RM71,000 Dirampas

Related Posts

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

Briged Negaraku Tawar Khidmat Guaman Keluarga Mangsa Maut Dirempuh Honda Jazz

08/03/2025
3

SEREMBAN - Pertubuhan Briged Negaraku bersedia menawarkan khidmat nasihat guaman percuma kepada keluarga mangsa maut dirempuh sebuah kereta melanggar lampu...

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

141 Daripada 179 Mangsa Nahas Pesawat Jeju Air Dikenal Pasti

30/12/2024
0

MUAN (Korea Selatan), - Setakat ini, mayat 141 daripada 179 mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Jeju Air minggu ini...

Next Post

Sindiket Ecstasy Sabah Tumpas, Dadah Bernilai RM71,000 Dirampas

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd