• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Memey Tidak Cemburu Mesej Peribadi Norman, Bekas Isteri

oleh Ahmad Albab
09/10/2014
dalam Artis, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pelakon Memey Suhaiza tidak berasa cemburu apabila suaminya Norman Hakim menghantar mesej peribadi kepada Abby Abadi untuk memberi kata-kata semangat apabila paparan skrin perbualan itu dimuat naik di laman Instagram milik Abby Abadi.

Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi, 26, berkata, dia tidak mempunyai sebarang sebab untuk berasa cemburu kerana suaminya menunjukkan isi kandungan mesej berkenaan sebelum ia dihantar kepada Abby.

“Tiada sebab kenapa saya perlu berkecil hati dengan mesej berkenaan kerana ia lebih kepada kata-kata dorongan kepada Abby yang kini semua sedia maklum sedang dalam keadaan tertekan atas beberapa perkara.

“Malah sebelum ia dihantar suami menunjukkan draf mesej itu kepada saya dan saya sendiri tidak melihat apa-apa kesalahan atau perkara mencurigakan dalam pesanan tersebut,” katanya ketika dihubungi mStar Online pada Rabu.

Mesej berkenaan mengundang pelbagai reaksi daripada peminat malah ada yang meminta Abby dan Norman kembali berkahwin manakala ramai turut mengecam tindakan Abby memuat naik cetakan skrin mesej itu kerana ia boleh menggores perasaan Memey sebagai isteri.

Dalam pada itu, Memey berkata, reaksi dan komen negatif yang dilemparkan peminat tidak meninggalkan kesan kepadanya kerana dia sudah mengetahui perkara sebenar apa dilakukan oleh Norman itu.

Jelas Memey lagi, Norman juga tidak pernah berahsia dan sentiasa berkongsi dengannya apa juga mesej di antaranya dan Abby yang secara keseluruhan berkisar tentang kebajikan anak-anak mereka.

Aby

Perbualan Norman dan Abby yang dimuat naik ke laman Instagram.

“Tiada kesan pun kerana sebelum ini banyak lagi situasi lebih teruk daripada ini saya lalui tambahan pula saya lebih kenal siapa suami saya malah hubungan saya dengan Abby juga cukup baik.

“Dalam keadaan sekarang kami adalah orang paling dekat dengan Abby dan sudah tentu saya dan suami sentiasa memberi sokongan kepadanya,” ujar Memey.

Dalam perkembangan lain, Memey berkata, dia kini lebih banyak menumpukan masa dengan bisnes online miliknya iaitu Maya De Laila yang menjual busana wanita dan Muslimah.

Tambah Memey, dia juga perlu lebih banyak berehat daripada melakukan kerja-kerja berat memandangkan dia kini sedang hamil tiga bulan untuk anak kedua.

“Alhamdulillah kandungan semua dalam keadaan baik dan buat sementara ini saya tidak ambil banyak sangat tawaran berlakon dan memberikan tumpuan kepada perniagaan online saya,” katanya. – mStar Online

 

Tags: Abby AbadiArtisMemey Suhaiza
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Artis Ditahan Pukul Bekas Isteri

20/04/2022
0

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang artis lelaki yang juga penyanyi sebuah kumpulan terkenal tanah air kerana disyaki memukul dan mencederakan...

2 Artis Berdepan Hukuman Gantung

27/03/2022
0

Kuala Lumpur : Selain ada yang pernah dipenjara dan dijatuhi hukuman denda, dua selebriti dalam industri hiburan Malaysia kini berdepan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd