• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bahasa Mandarin Mark Zuckerberg Kagumkan Rakyat China

oleh AK-47
25/10/2014
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

RAMAI yang sedia maklum tentang kerajaan China menyekat laman Facebook, namun pengasasnya tidak pernah berputus asa untuk memenangi hati dan minda rakyat China.

Zuckerberg yang empat kali mengunjungi China, kali ini mengadakan sesi soal jawab dalam bahasa Mandarin.

Perkara itu mengejutkan penonton di dewan Universiti Tsinghua, Beijing yang terdiri daripada pelajar China dan antarabangsa.  

Sesi soal jawab selama setengah jam yang dimulakan dengan ayat “Hello, semua orang” dalam loghat Mandarin pekat oleh Zuckerberg telah menerima tepukan gemuruh daripada penonton.

Video sesi jawab itu telah dikongsi ramai sejak Khamis di youtube, memetik laporan portal Awani.

http://www.youtube.com/watch?v=S5qXkPNk5cA

Dalam sesi jawab berkenaan, Zuckerberg membincangkan topik termasuk falsafah beliau dalam mengasas syarikat dan pandangannya terhadap inovasi China, serta hal-hal peribadi seperti warna dan makanan cina yang digemarinya serta berkaitan keluarga Cina-Amerika isterinya, Priscilla Chan.”Saya ingin belajar budaya Cina, mempelajari bahasa membantu saya mengkaji budaya. Jadi, saya cuba untuk belajar bahasa Cina,” katanya.Semasa sesi soal jawab, Zuckerberg yang buta warna merah dan hijau berkata warna kegemarannya adalah biru seperti warna laman web Facebook.

Beliau turut berkongsi satu perbualan lucu dengan isterinya tentang kemampuannya berbahasa China.

“Pada suatu hari, saya bertanya kepadanya ‘Mengapa keupayaan mendengar bahasa Mandarin saya begitu teruk?”

Dia menjawab ‘Awak juga bukan pendengar yang baik dalam bahasa Inggeris,’” ceritanya kepada penonton yang hadir.

Facebook tidak boleh diakses di tanah besar China sejak 2009, begitu juga dengan beberapa laman sosial lain termasuk Twitter, YouTube dan Instagram yang telah disenarai hitam oleh Parti Komunis yang memerintah dan menyekat ketat kebebasan bersuara.

Namun walaupun telah disekat, kebanyakan agensi berita di China masih mengekalkan akaun media sosial mereka.

Wakil rasmi Facebook kerap ke Beijing untuk berucap di persidangan dan melakukan pertemukan dengan pemimpin perniagaan di sana.

Facebook sendiri mempunyai syarikat yang beroperasi di Hong Kong di mana Facebook tidak disekat di situ.

Dilaporkan, Facebook telah membuka pejabat di Beijing dalam usaha untuk meningkatkan perniagaan menjual iklan online kepada syarikat-syarikat di sana dan kerajaan tempatan yang mahu mempromosikan diri ke luar negara.

Ditanya mengenai rancangan Facebook di negara ini, Zuckerberg berkata “Kami sudah ada di China.”

“Kami membantu syarikat-syarikat China meningkatkan pelanggan mereka di luar negara, mereka menggunakan pengiklanan Facebook untuk mencari lebih banyak pelanggan serta kami ingin membantu tempat-tempat yang berlainan di dunia berhubung dengan China,” katanya.

Ketika video di atas disiarkan di laman Facebook Zuckerberg, reaksi pelbagai diterima daripada pengguna berbangsa Cina di atas kemampuan linguistiknya.

“Loghatnya cukup kuat, tetapi masih lebih baik daripada orang Cina berbahasa Inggeris,” kata satu komen.

Ketika ditanya moderator mengenai rahsia kejayaan Facebook, Zuckerberg menjawab “Perkara paling penting adalah anda tidak boleh berputus asa.

“Jika anda tidak percaya dalam misi anda, anda akan sangat mudah untuk berputus asa. Kebanyakan pengasas berputus asa, tetapi orang-orang yang terbaik tidak,” katanya.

Beliau juga berpendapat bahawa syarikat yang terbaik tidak dibina semata-mata ingin menubuhkan syarikat, tetapi kerana pengasasnya ingin mengubah dunia.

Zuckerberg memuji beberapa syarikat teknologi China termasuk Alibaba Taobao, aplikasi mudah alih Tencent, WeChat dan QQ serta pembuat telefon mudah alih Xiaomi.

“Saya fikir Xiaomi akan berkembang dengan cepat,” kata beliau sambil menambah bahawa China mempunyai banyak syarikat yang paling inovatif di dunia.

Kagumnya dengan usaha Zuckerberg… walaupun telah mempunyai empayar online yang gah, tapi masih sanggup belajar bahasa Mandarin untuk perniagaannya.

Hurmm,  patutlah dia boleh jadi multi jutawan dalam usia masih muda belia!
– MYNEWSHUB.CC

Oleh: KAKAK KAWASAN

Tags: facebookMARK ZUCKERBERG
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

Jumlah Like Di Facebook, Tiktok Tak Memihak Kepada Kerajaan Bukan Penentu PRU-16

28/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Jumlah 'like' di Facebook dan Tiktok tak memihak kepada kerajaan bukan penentu mutlak Kerajaan Madani akan tumbang...

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

Tony Pua Mengaku Tulis Sendiri Hantaran Facebook

21/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Pengerusi Jawatankuasa Disiplin DAP, Tony Pua memaklumkan beliau telah dipanggil pihak polis bagi memberi keterangan berhubung hantaran...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd